Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wartawan Malaysia Dimarah Sebut...

BANGKOK - Media Malaysia yang buat liputan perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia...

Aisyah Tak Mahu Tumpang...

PETALING JAYA - Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Aishah Azizi...

Rusia Cari 8 Angkasawan...

MOSCOW - Agensi angkasa Rusia pada Selasa mengumumkan proses pencarian cosmonaut atau angkasawan...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

KPKT Buka Tender Pembelian Baju Kalis Api Rabu Ini

PASIR PUTEH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuka tender bagi pembelian baju kalis api untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Rabu (23 Januari) ini.

Menterinya, Zuraida Kamarudin berkata ia satu keperluan memandangkan banyak baju kalis api tidak menepati standard yang dibenarkan untuk kegunaan ketika operasi.

“Walaupun ketetapan ketika ini hanyalah 6,000 baju kalis api tapi saya akan minta (dengan kabinet) untuk menaikkan jumlah itu kepada 9,000 helai.

“Kita mesti ada stok sekiranya ada baju kalis api yang rosak. Perancangan perlu mengambil kira rancangan jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Pasukan Bomba Sukarela Marin (PBSMarin), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Balai Bomba Sukarela Marin, Tok Bali di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Amer Yusof dan Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood. – BERNAMA

Kategori