Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Remaja 16 Tahun Maut...

SUNGAI PETANI - Remaja lelaki berusia 16 tahun mati akibat ditikam di dada dengan...

Kritikan Di Laman Sosial...

KUALA LUMPUR - Komen dan kritikan negatif terhadap pemimpin di laman sosial milik...

PDRM Panggil Hasanah, 3...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia akan memanggil tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan...

Proton Sedia Keluar SUV...

KUALA LUMPUR - PROTON Holdings Bhd. sudah bersedia untuk memperkenalkan kenderaan utiliti sukan...

KPM Nafi Tender Asrama Dibolot Penyokong PPBM

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan tulisan menerusi akaun Facebook, Rafi Awg Kechik yang membuat tohmahan liar mengenai tender perkhidmatan bekalan makanan bermasak di asrama sekolah dibolot oleh penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

KPM dalam kenyataannya turut menafikan dakwaan bahawa tender tersebut diluluskan kepada penender yang tidak layak dan kepada pihak yang rapat dengan menteri dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu.

Jelasnya, KPM di bawah pentadbiran baharu telah mengambil segala usaha untuk memastikan amalan berintegriti termasuk telah membuat penambahbaikan kepada tadbir urus tender projek.

“Buat pertama kalinya, perolehan pada tahun lalu telah sepenuhnya dilaksana secara dalam talian yang telus melalui sistem ePerolehan (eP).

“Lembaga Perolehan KPM telah buat keputusan berdasarkan matriks penilaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dengan markah penilaiannya dijana melalui sistem eP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Lembaga Perolehan yang dipengerusikan oleh Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KPM yang turut disertai oleh wakil dari Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan keputusan dibuat dengan penuh integriti sekali gua tidak dipengaruhi pihak lain.


Jelasnya, menteri, KSU, setiausaha politik menteri dan setiausaha bahagian perolehan KPM juga tidak terlibat dalam mesyuarat Lembaga Perolehan serta proses membuat keputusan.

Sehubungan dengan dakwaan tersebut , jelasnya, KPM telah membuat satu laporan polis berhubung tulisan di laman Facebook berkenaa dan mahu pihak berkuasa menyiasat tohmahan itu berikutan ia menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap kementerian itu. – K!ONLINE

Kategori