Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Buka Hijab Ketika Berlakon,...

SIAPA tak kenal dengan pelakon Zarina Zainuddin yang dilihat cukup tabah membesarkan anaknya,...

Ringgit Tidak Berubah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit tidak berubah berbanding dolar US, tanpa hala tuju baharu...

Jabatan Kesihatan Sabah Siasat...

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang menyiasat secara terperinci dan...

Sabah Tetap Tuntut 20...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah tetap dengan pendirian untuk menuntut royalti minyak sebanyak...

Lapangan Terbang Dinama Sempena Muhammad Ali

KENTUCKY – Bandar raya Louisville dijangka menamakan semula lapangan terbangnya sempena wira dan legenda tinju dunia, Muhammad Ali, yang meninggal dunia pada 2016.

Pengumuman itu dibuat sehari sebelum ulang tahun Ali ke-77.

Lapangan terbang itu akan dikenali dengan nama baru Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville Muhammad Ali, kata pegawai semalam.

Dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial, lapangan terbang berkata lembaga pengarahnya ‘mengundi dengan penuh makna’ untuk mengiktiraf legasi Ali sebagai anak kelahiran Louisville dengan menamakan semula lapangan terbang sebagai menghormati beliau.

Bagaimanapun pengenalan tiga huruf lapangan terbang itu, SDF, tidak akan ditukar.

Datuk Bandar Louisville, Greg Fischer, berkata dalam tweet: “Muhammad Ali milik dunia tetapi beliau cuma ada satu kampung halaman.


“Keputusan hari ini untuk menukar nama lapangan terbang kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville Muhammad Ali adalah sebahagian besar usaha meluas untuk meraikan hubungan mendalam itu.”

Ali dilahirkan di Louisville, Kentucky, pada 17 Januari 1942, sebagai Cassius Marcellus Clay Jr.

Beliau menukar namanya selepas memeluk Islam. — Agensi

Kategori