Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kalau Nak Hentam, Hentam...

SUSULAN kritikan masyarakat tentang kenyataannya terhadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam,...

TMJ Minta Persatuan Guna...

KUALA LUMPUR - Persatuan-persatuan bola sepak yang mendapat tajaan besar daripada para hartawan...

Kerajaan perlu bersuara isu...

KOTA BHARU - Pemuda UMNO menyeru pemimpin dan pejuang hak asasi manusia bersuara...

Covid-19: Nafi Laporan Mengenai...

SINGAPURA - Tiada 'varian Singapura', kata Kementerian Kesihatan negara ini sekali gus menafikan...

Laporan Penuh Punca Tragedi 6 Anggota Bomba Di Peringkat Akhir

ALOR SETAR – Laporan penuh siasatan bagi mengenal pasti punca tragedi yang mengorbankan enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lombong Taman Putra Perdana sudah di peringkat akhir.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata laporan penuh itu akan dibentangkan kepada kabinet terlebih dahulu sebelum didedahkan kepada umum.

“Kes ini disiasat oleh jawatankuasa bebas yang dianggotai oleh ahli akademik, pakar menyelamat air dan golongan profesional serta diketuai oleh seorang profesor dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Laporan itu sudah di peringkat akhir dan kita akan bentang kepada kabinet terlebih dahulu sebelum kepada orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selepas melawat rumah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, di sini, hari ini.

Zuraida berkata, enam anggota bomba itu turut dinaikkan pangkat sama seperti Muhammad Adib,24, bagi membolehkan waris menerima pencen yang lebih baik.

Malah katanya, kebajikan keluarga itu turut dijaga menerusi Tabung Wira Merah yang dilancarkan 9 Oktober lalu.


Pada 3 Oktober lalu, kesemua enam anggota bomba itu dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor mati lemas akibat dibawa arus deras.

Mereka terkorban ketika misi mencari dan penyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang tergelincir dari sebuah jambatan berhampiran lombong itu kira-kira pukul 5.30 petang.

Empat daripada mangsa terkorban adalah anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd. Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi, anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. – BH Online

Kategori