Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

‘Ratu Maut’ Dihukum Penjara...

BEKAS tentera wanita Crotia yang digelar “Ratu Maut” dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun...

Bekas Pramugara Pilih Ternak...

PUCHONG - Pernah bertugas di langit biru dan kemudiannya menjadi kakitangan di pejabat...

Lapangan Terbang Changi Sambut...

SINGAPURA - Lapangan Terbang Antarabangsa Changi akan menerima ketibaan pesawat komersial pertama yang...

COVID-19: Satu Mutasi Lebih...

PUTRAJAYA - Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap COVID-19 mendapati terdapat...

Lelaki Obes Hanya Mampu Main Video Setiap Hari

ATLANTA – Seorang lelaki obes di Amerika Syarikat hanya mampu menghabiskan masa bermain permainan video dan mengunyah makanan ringan setiap hari.

Casey King, 34, yang mempunyai berat badan 320 kilogram berkongsi kisah hidupnya menerusi musim baharu rancangan realiti televisyen TLC; Family by the Ton baru-baru ini mendedahkan dia sudah tidak bekerja dan tinggal bersama ayahnya, Danny King.

LELAKI obes itu terpaksa mandi di dalam kolam besi khas untuk membersihkan diri.

Berat badannya bertambah selepas tamat persekolahan dan mula ketagih makan selepas bekerja di beberapa buah restoran.

Badannya terus membesar selepas tinggal bersama bapanya dan dimanjakan dengan makanan kegemarannya seperti piza, ayam dan makanan Jepun setiap hari. King kini bermain permainan video sepanjang hari dalam keadaan bogel kerana pakaiannya terlalu ketat.

Dia turut mengaku pernah tersepit hampir sembilan jam di dalam bilik mandi sehingga memaksa bapanya membelikan kolam besi khas untuk membersihkan diri. – Agensi

Kategori