Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Bahan Petrol Melambung...

LONDON – Harga petrol dan diesel di Britain dilaporkan terus melonjak termasuk di...

Suami Isteri Hidap Kanser,...

ALOR SETAR - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, demikianlah kehidupan sebuah keluarga di...

KKM Isytihar Wabak MERS-CoV...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengisytiharkan wabak jangkitan MERS-CoV yang dilaporkan pada 1 Januari...

Pelajar Lemas: Laluan Berair...

SEPANGGAR - Laluan digunakan tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, yang lemas...

Lupakan Dendam PAS Terhadap UMNO Demi Islam

LIPIS – Penyokong dan anggota PAS dinasihat melupakan persengketaan PAS-UMNO serta menggunakan pertimbangan rasional dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, hujung minggu ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata perkara itu sudah diperjelaskan memandangkan lawan BN dalam PRK berkenaan ialah calon daripada Pakatan Harapan (PH), yang juga musuh utama PAS ketika ini.

“Dulu, memanglah BN dan UMNO musuh kita…tapi selepas apa yang berlaku pada Mei lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kami sudah nampak siapa musuh dan siapa yang boleh dijadikan kawan dalam memperjuangkan agama Islam.

“Kami (PAS) yakin dengan kebijaksanaan ahli dan penyokong dalam membuat pilihan serta mengundi (calon) yang terbaik…anggota PAS tahu kewajipan mengundi untuk memilih pemimpin yang baik menerajui negara…mereka (PH) masih gagal menunaikan janji (manifesto),” katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah bersama PAS dan BN di Dataran Sungai Koyan, di sini, malam tadi yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, selain 500 penyokong PAS serta BN. – BERNAMA

Kategori