Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Gambar Zain Saidin, Aaisyah...

KERANA mahu mempromosikan pekerjaan online yang membawa keuntungan tinggi, ada beberapa pihak sering...

Polis Kelantan Rampas Rokok...

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta...

Maqis Perlu Lebih Tegas...

PASIR SALAK -  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis)  perlu membuat penguatkuasaan lebih...

Pelajar Hantar Gambar Bogel...

GEORGE TOWN - Seorang gadis menghantar gambar bogel kepada guru sekolahnya yang dipercayai...

MAB Nasihat Waspada Laman Web Palsu

AWAS… Selepas jirannya, Singapore Airlines (SIA) keluar amaran kepada pelanggan agar waspada laman sesawang palsu guna nama syarikat itu, kini giliran Malaysia Airlines Berhad (MAB) pula.

Menurut kenyataan media, MAB menasihatkan pelanggannya supaya berhati-hati dengan catatan promosi media sosial dan laman web tiruan yang kelihatan agak serupa dengan portal sesawang rasminya, malaysiaairlines.com.

Syarikat penerbangan negara itu berkata, laman web palsu tersebut cuba mempengaruhi pelanggan dengan menawarkan tiket penerbangan yang konon percuma sebagai hadiah, sebelum meminta data peribadi mereka.

“MAB menasihatkan pelanggan berhati-hati dedah data peribadi kepada sumber tidak disahkan. Laman web, emel dan panggilan itu perlu ditentusahkan menerusi laman media sosial rasmi MAS, jika ada keraguan,” katanya.

Sejak distruktur semula pada September 2015, MAB yang kini berjaya bawa secara purata lebih 40,000 penumpang setiap hari, diletakkan di bawah Malaysian Aviation Group. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori