Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Brunei Kesal 81%...

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Sultan Omar Ali Saifuddien...

440,682 Calon Berdaftar Untuk...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 440,682 orang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran...

Liga Europa: Wenger Gembira...

ARSENE Wenger mengakui terlepas pandang ketika aksi penalti pemainya sebelum menang 3-1 ke...

Jepun Akan Bangunkan Vaksin,...

SHAH ALAM - Jepun akan membangunkan vaksin dan ubat untuk merawat koronavirus selepas...

Macam Kera Kena Belacan – Hadi Ulas Isu Tarian Tular

SINIS… Datuk Seri Abdul Hadi Awang membanding tingkah laku individu berprofil tinggi bidang kehakiman di pentas baru-baru ini boleh diibarat pepatah Melayu, macam kera kena belacan.

Menurut Presiden PAS itu, kedudukan ketua hakim negara dan peguam negara tidak sama dengan seniman, justeru penyandangnya perlu sentiasa jaga tingkah laku mereka di mata masyarakat.

Katanya dalam nada sindiran, perbuatan pelik tersebut memang tidak akan jadi isu besar jika individu yang dirakam itu merupakan seniman, apatah lagi jika dalam bidang seni tarian.

“Tetapi kalau menari itu ketua hakim negara atau peguam negara, apatah lagi sudah tua (dan) hampir bersara, akan dibandingkan dengan pepatah Melayu, laksana ‘kera kena belacan’,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau mengulas rakaman video tular yang paparkan aksi Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong menari di pentas bersama.

Tegas Ahli Parlimen Marang itu, pihak terbabit perlu sedar bahawa Malaysia masih lagi adalah sebuah negara yang bersifat ketimuran serta pelihara nilai agama dan budaya.

“Kalau yang tua berada di England atau Amerika pun malu untuk menari dalam usianya yang tua, maka janganlah kita lebih barat daripada barat.

“Hatta masyarakat barat yang bebas juga tidak izin sesiapa yang dipertanggungjawab buat keputusan adil dan telus terhadap masyarakat berhubung sebebas-bebasnya dengan masyarakat umum, yang boleh pengaruhi kewibawaannya,” katanya lagi.


Rakaman itu dibuat dalam majlis ‘Opening Of The Legal Year 2019 Gala Dinner’ yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Video tarian yang tular itu turut dikecam netizen termasuk seruan supaya mereka meletakkan jawatan.

Abdul Hadi juga menyuarakan sentimen sama apabila mendakwa itulah yang akan dilakukan jika ia terjadi di negara luar.

“Jawatan penting negara wajib dilantik bukan sahaja (mereka) yang berilmu dan diambil kira pengaruhnya, bahkan wajib punya kehebatan integriti yang tinggi dan bermaruah mulia.

“Walaupun melakukan perkara yang menjatuhkan maruah itu ada yang dihalalkan oleh beberapa agama bukan Islam… Namun kalau melakukannya tetap dikira rendah maruahnya sehingga menjadikan dia tidak dihormati dan disegani oleh penganut agama dan bangsanya sendiri, maka hendaklah dihindari,” katanya lagi.

Kategori