Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

VTL Pulau Pinang-Singapura Bermula...

GEORGETOWN : Kerajaan Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan bersama memperluaskan Laluan Perjalanan Lengkap...

AS Beri Kata-Kata Semangat...

KUALA LUMPUR - Kedutaan AS di Malaysia memaklumkan negara itu bersama-sama Malaysia pada...

Ratusan Durian Muda Gugur,...

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda...

Kes 2 Lelaki Culik...

GEORGE TOWN - Kes dua lelaki yang didakwa menculik seorang ejen hartanah untuk...

Misi Tawan Angkasa, China Bina Stesen Di Bulan

Hasrat kerajaan China untuk membina penempatan di angkasa semakin hampir selepas kapal Chang’e 4 mendarat di bulan.

Pada 11 Januari lalu, kenderaan darat yang dihantar ke bulan menerusi misi itu turut menghantar gambar panorama di sana.

Malah, mereka turut membawa telur ulat, benih kentang, sekotak air, oksigen serta nutrisi.

Jika ulat dan tumbuhan itu berjaya hidup di sana, ia bakal membuka haluan baharu buat negara itu, sejajar dengan hasrat mereka untuk membuka penempatan di bulan.

“Eksperimen ini mungkin boleh membantu kami menambah ilmu khususnya untuk penempatan dalam jangka masa panjang di bulan,” ujar Professor Liu Hanlong dari Universiti Chongqing.

Ujarnya, cabaran terbesar ialah tahap suhu di bulan, dengan anggaran lebih -100°C to 100°C.

“Kami akan menggunakan salur terus untuk memberi cahaya kepada permukaan bulan seterusnya membolehkan tumbuhan membesar.


“Kentang mungkin menjadi sumber makanan utama buat pengembara angkasa pada masa akan datang,” tambahnya lagi.

Agensi Angkasa Lepas China pada tahun lalu turut mengulas mengenai hasrat masa hadapan mereka.

“Kami percaya dengan impian negara ini untuk membina ‘lunar palace’ di bulan yang akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.” – Daily Star

Kategori