Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Serangan London Bercanggah Dengan...

KUALA LUMPUR – PAS mengutuk serangan ganas terhadap orang awam London yang mengorbankan...

Ibu Maut, Bayi Cedera...

MIRI - Seorang ibu maut manakala bayi perempuannya berusia sebulan cedera parah apabila...

Bayi ‘Ajaib’ Dalam Longkang...

CAPE TOWN - Seorang bayi perempuan dianggap ajaib selepas ditemui hidup walaupun cuaca...

Pesuruhjaya PAS Perlis Masih...

ALOR SETAR - Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli yang rebah ketika sedang...

Main Muzik Kenduri Kahwin Pun Kena Lesen RM600

BAYAR… Semua majlis keraian atau perkahwinan yang main alat muzik sama ada secara rakaman atau langsung akan dikenakan lesen muzik RM600 daripada pihak Music Right Malaysia (MRM).

Media tempatan hari ini melaporkan bahawa MRM dalam kenyataan hari ini memberitahu, memainkan muzik tanpa lesen sebenarnya adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Hakcipta 1987.

“Ini kerana, tindakan tersebut boleh dianggap sebagai menafikan hak bayaran terhadap penggunaan harta intelek yang dimiliki oleh pengkarya muzik, syarikat rakaman dan artis rakaman yang sebenar.

“Oleh itu, sila pastikan acara perkahwinan yang memainkan muzik dalam bentuk rakaman atau secara langsung mendapatkan lesen muzik daripada MRM,” katanya menerusi kenyataan di ibu negara.

Berkuat kuasa pada 1 Januari 2017 lalu, pihak MRM telah diberi mandat sebagai agensi pelesen tunggal di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika itu.


Juga Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mengeluarkan lesen muzik dan kutipan bayaran daripada pelbagai pihak yang terbabit dalam industri hiburan di seluruh negara ini.

Terdahulu sepucuk surat daripada MRM yang bertajuk ‘Lesen untuk Majlis Perkahwinan di Lokasi Komersial’ itu tular dalam kalangan pengguna media sosial. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori