Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Liyana Jasmay Elak Anak,...

PETALING JAYA - Pelakon Liyana Jasmay tidak membenarkan akaun laman sosial seperti Instagram...

Malaysia, Filipina Usaha Selamatkan...

SANDAKAN - Pasukan keselamatan negara dan pihak berkuasa Filipina sedang berusaha menyelamatkan tiga...

Obama Akui Peminat Tegar...

KINGSTON – Lawatan kali pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Jamaica...

Rumah Harry Potter ‘Membesar’...

BAGI mereka yang mengikuti filem Harry Potter, pasti merindui zaman semasa Harry membesar....

Malaysia-Singapura Bincang Isu Ruang Udara Pasir Gudang

SINGAPURA – Mesyuarat antara Malaysia dan Singapura dijangka menyentuh isu ruang udara Pasir Gudang, Johor, apabila Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, di sini hari ini.

Bernama difahamkan mesyuarat dua hala itu dijadual berlangsung selama sejam dan disusuli dengan mesyuarat delegasi.

Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata isu pencerobohan ruang udara Pasir Gudang oleh pesawat sebelum mendarat di Lapangan Terbang Seletar, Singapura adalah antara perkara utama dalam mesyuarat itu.

Beliau berkata kunjungannya ke Singapura adalah kesinambungan mesyuarat antara Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya, 31 Disember lalu.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata Malaysia tetap berpegang kepada pendirian bahawa pesawat ingin mendarat di Lapangan Terbang Seletar tidak boleh menggunakan ruang udara Malaysia di Pasir Gudang.

“Kami membantah dan mengisytiharkan ruang udara itu adalah kawasan terhad dan ini akan menjadi masalah kepada Singapura. Saya yakin isu ini akan dibincangkan dengan baik untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi kedua-dua negara,” katanya.

Malaysia juga mengisytiharkan pewujudan kawasan larangan kekal di ruang udara Pasir Gudang berkuat kuasa 1 Januari lalu dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) pada 25 Disember lalu.


Selain itu, kedua-dua Menteri Luar itu dijangka akan membincangkan isu semakan semula kadar air di bawah Perjanjian Air 1962.

Perjanjian yang akan berakhir pada tahun 2061 pula menyaksikan Malaysia menjual kepada negara itu 250 juta gelen air mentah sehari dengan harga tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Malaysia kemudian membeli semula air yang dirawat Singapura pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. – BERNAMA

Kategori