Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PKPD Simpang Renggam Dilanjut...

PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam,...

Alamak, Wartawan Terbocor Awal...

Tentu ramai yang mengikuti program hiburan Gegar Vaganza yang menggantikan slot program realiti...

98 Kematian Covid-19, Semua...

PUTRAJAYA - Sebanyak 98 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dan kesemuanya adalah...

Dulu Nona Manis, Kini...

PAKEJ lengkap dimiliki pengacara Uyaina Arshad telah membuktikan bahawa dia layak digelar sebagai...

Mamat Khalid Mula Sedar, Beri Reaksi Positif

KUALA LUMPUR – Pengarah Mamat Khalid yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya, sejak Jumaat lalu sudah mula sedar dan memberikan maklum balas positif.

Isterinya, Hasmah Hassan berkata, Mamat memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan sebaik sahaja dos ubat dikurangkan dengan menggerakkan kakinya.

“Buat masa ini, doktor memaklumkan reaksinya terhadap ubat yang diberikan sangat baik, malah dia mula sedar dan menggerakkan bahagian kaki.

“Dos memang sengaja dikurangkan untuk membolehkannya sedar kerana sebelum ini, dia ditidurkan seketika supaya jantungnya dapat berehat,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid, 56, berada dalam keadaan kritikal sejak Jumaat lalu akibat masalah paru-paru dan jantung.

Pengarah filem Hantu Kak Limah itu dimasukkan ke ICU dan ditidurkan selama 48 jam supaya dapat berehat bagi menstabilkan jantungnya.

Sementara itu, Hasmah yang mesra disapa Kak Intan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kenalan dan orang ramai yang mendoakan kesejahteraan suaminya.


“Alhamdulillah, ramai yang bertanya khabar dan mengadakan solat hajat serta bacaan Yasin di beberapa masjid.

“Doktor masih memantau keadaannya. Setakat ini, pihak hospital belum membenarkan pelawat menziarahinya kerana dia perlu berehat secukupnya,” katanya.

Mamat, pada April 2017 pernah dimasukkan ke ICU akibat kepenatan dan sesak nafas selepas tayangan filem, Lebuhraya Ke Neraka.

Tiga tahun sebelumnya, sutradara yang dihormati ramai itu menjalani pembedahan kecil membuka saluran darah yang tersumbat berikutan masalah jantung. – BH Online

Kategori