Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kisah Bayi Hidap Pneumonia...

PEROKOK pasif membawa maksud seseorang itu yang tidak merokok tetapi secara langsung, dia...

Main Ikut Wisel Bukan...

YANGON - Dua gol mudah yang diberikan kepada Kemboja tidak sepatutnya berlaku sekiranya...

Mengundi Pembangkang Membuang Masa...

KOTA MARUDU - Pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus...

PRK Diadakan Untuk 2...

GEORGE TOWN - Dua pilihan raya kecil mungkin diadakan di Pulau Pinang selepas...

Mariah Carey Buat Persembahan Di Arab Saudi

BERSEJARAH… Artis antarabangsa terkenal, Mariah Carey akan membuat persembahan di Arab Saudi buat julung-julung kalinya pada minggu depan.

Penyanyi wanita Amerika Syarikat itu akan mementaskan persembahan sempena kejohanan golf antarabangsa yang diadakan di negara tersebut.

Konsert itu akan berlangsung pada Khamis depan, di Bandar Ekonomi Raja Abdullah, lapor portal Arab News.

Antara artis lain yang turut ‘turun padang’ termasuk DJ Tiesto dari Belanda, penyanyi Yaman-Amiriah Balqees Fathi dan artis rap dari Jamaica, Sean Paul.

Sebagai sebahagian daripada satu siri pertandingan golf anjuran SBIA, pusingan kali ini akan diadakan di Arab Saudi dari 31 Januari hingga 3 Februari di Kelab Golf Eksklusif Royal Greens.

Mariah Carey merupakan artis antarabangsa yang terkini untuk membuat persembahan di negara itu.

Arab News melaporkan beberapa persembahan sudah diadakan di Arab Saudi sepanjang beberapa tahun lalu. Negara itu sebelumnya jarang mengadakan acara-acara seperti itu.


Pada Oktober 2016, kumpulan iLuminate dari New York mengadakan persembahan di tempat awam di Riyadh. Persembahan nyanyian dan tarian seumpama itu tidak selalu diadakan di tempat awam.

Pada Januari 2017 pula, seorang bintang terkenal Saudi, Mohammed Abdu mengadakan persembahan langsung di Jeddah – di samping artis Saudi, Rabeh Sager dan Majid Al-Muhandis – dalam konsert yang dikatakan paling terbuka dalam tempoh tujuh tahun.

Dan bulan lalu, bintang-bintang termuka seperti Enrique Iglesias, Black Eyed Peas dan David Guetta membuat persembahan dalam acara hiburan selama tiga hari. Arab News difahamkan acara itu diadakan sempena acara kereta lumba di Riyadh. – Agensi

Kategori