Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Cerai Dengan Anak Presiden,...

SEORANG jutawan kehilangan hampir separuh hartanya selepas dia meninggalkan anak perempuan Presiden Rusia,...

Bakar Isteri Depan Anak,...

GEORGETOWN - Seorang penganggur dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini...

Ragbi Ulat Bulu Khusus...

TOKYO - Lazimnya sukan ragbi sering dianggap sebagai permainan ganas dengan aksi tolak-menolak,...

Juruteknik Ditipu RM28,510, Kempunan...

KUANTAN - Hasrat seorang juruteknik untuk melancong ke Rome, Itali tidak kesampaian selepas...

MB Pahang Selar Kenyataan Guan Eng Menerusi Twitter

BIDAS… Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail luah rasa pelik dengan kaedah pengeluaran dan olahan kata-kata melalui kenyataan media oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ia jelas sekali benar-benar berbaurkan politik waima disiarkan menerusi medium ‘Twitter’ Kementerian Kewangan dengan lambang kementerian pada sudut atas sebelah kiri, serta jata Kerajaan Persekutuan pada ‘Siaran Media’ itu.

Wan Rosdy berkata demikian dengan merujuk kepada kenyataan media terbaharu dikeluarkan oleh Menteri Kewangan hari ini yang jelas diterbitkan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

“Tajuk sahaja pun ada tanda soal padanya, yang pada sepanjang hayat politik dan kedudukan saya dalam Kerajaan Negeri, belum pernah saya melihat kenyataan media daripada sebuah Kerajaan, yang ada tanda seumpama itu.

“Saya dapati kemudian, bukan saya sahaja yang berasa kejanggalan pada pengeluaran Kenyataan Media seperti ini,” kata Wan Rosdy merujuk format kicauan ‘Twitter’ tersebut yang lebih berunsurkan politik kerajaan Persekutuan.

Rupa-rupanya, kata beliau, ramai lagi yang turut pertikaikan kenyataan media Guan Eng tersebut, malahan ia boleh disifatkan sebagai satu lagi penyalahgunaan pihak Pakatan Harapan terhadap segala kemudahan rasmi Kerajaan.

“Oleh itulah saya berharap Encik Lim, sudah-sudahlah. Bergelagatlah seperti Menteri Kewangan yang sepatutnya bukannya seolah-olah kini – baharu lapan bulan jadi Kerajaan, lagaknya bagai kera dapat bunga,” kata Wan Rosdy.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin turut bidas Guan Eng apabila salah guna saluran rasmi kerajaan untuk keluar kenyataan yang dilihat bermotifkan politik seolah-olah ‘memperlekehkan’ kewangan Kerajaan Negeri Pahang.

Kata Ahli Parlimen Rembau itu, apa yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP tersebut sangat jelas bermotifkan politik menjelang detik penentuan hari pengundian PRK Parlimen Cameron Highlands pada Sabtu ini.

“Kenyataan media rasmi biarlah profesional. Jelas sangat bermotif politik sebab PRK Cameron Highlands. Pakai akaun media sosial DAP kalau hendak buat kenyataan politik,” kata Khairy dalam laman Twitter beliau hari ini.


Dalam kenyataan bertarikh hari ini, Guan Eng beritahu bahawa pada 31 Disember 2017, kedudukan Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri Pahang secara terkumpul adalah negatif RM228 juta iaitu dalam keadaan defisit.

Ia didakwa Guan Eng kononnya sebagai cerminan pengurusan kewangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berhemah oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Menerusi kenyataan rasmi itu juga, menteri tersebut turut mempersoalkan mampukah Kerajaan Negeri Pahang menjalankan pembangunan dengan hutang paling tinggi dalam Malaysia sebanyak RM3.2 bilion pada akhir 2018.

Khairy pada masa sama ingatkan Guan Eng sewaktu pemimpin DAP itu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan diterajui BN telah bantu negeri tersebut selesai hutang RM655 juta yang perlu dibayar kepada Pusat.

“Jadi tak perlulah bongkak sangat sekarang dengan Kerajaan Pahang,” kata Khairy. Tambahnya, beliau sendiri telah semak fakta hutang Kerajaan Negeri Pahang yang ‘dipolitikkan’ oleh Guan Eng dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Ia dapati sebanyak 70 peratus hutang itu adalah berkaitan dengan air dan dalam nada sindiran, Khairy berkata: “Inilah hutang sama yang diselesaikan oleh Kerajaan Pusat untuk Pulau Pinang dulu.” – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori