Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ibu Rayu Bantu Bawa...

KUANTAN: Kelegaan seorang ibu melihat anaknya berusia 19 tahun mendapat peluang pekerjaan di...

Bas Muafakat Johor Bakal...

ISKANDAR PUTERI - Sebahagian daripada hasil bayaran caj jalan raya (RC) yang dikenakan...

Padah Elak Bayar Tiket,...

SATU insiden ngeri melibat seorang lelaki warga China dibaham oleh harimau di sebuah...

Adik Terkilan Gambar Kematian...

AWAL pagi hari ini, kita dikejutkan dengan penemuan mayat seorang pegawai polis dengan...

Menteri Pengangkutan Malaysia-Singapura Bertemu 24 Januari

SINGAPURA – Pertemuan antara kedua-dua Menteri Pengangkutan Malaysia dan Singapura bagi membincangkan urusan berkaitan ruang udara yang melibatkan Pasir Gudang, dijangka berlangsung pada 24 Januari ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berada di sini sejak Ahad untuk lawatan dua hala ke republik ini.

Pada 8 Januari, Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menggantung pelaksanaan Kawasan Larangan oleh Malaysia dan pelaksanaan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) oleh Singapura untuk Lapangan Terbang Seletar, kedua-duanya melibatkan ruang udara Pasir Gudang.

Ketika di sini, Mohamed Azmin bertemu tiga Menteri Singapura termasuk Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan.

Dalam pertemuan tersebut, Mohamed Azmin berkata Khaw telah memberikan beberapa fakta dan hujah berkaitan isu ruang udara tersebut.

“Saya akan bawa perkara ini kepada Menteri Pengangkutan kita Anthony Loke. Saya berharap pertemuan (mereka) ini sebagai satu permulaan yang baik untuk menyelesaikan masalah ini kerana ia memberikan kebaikan ekonomi kepada kedua-dua negara,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Selain isu berkaitan ruang udara di Pasir Gudang, Mohamed Azmin berkata ruang dan peluang untuk Firefly mendapatkan lebih slot penerbangan melalui Lapangan Terbang Seletar, turut dibincangkan.

“Singapura menyambut dengan sikap cukup positif untuk membenarkan Firefly mendapatkan slot yang lebih, tetapi isu ILS hendaklah diselesaikan terlebih dahulu untuk memenuhi keperluan Firefly,” katanya.

Menurut Azmin ini merupakan peluang terbaik untuk Firefly membuka destinasi penerbangan yang lebih luas ke bandar-bandar yang kecil. Ini dapat memberikan peluang ekonomi kepada kedua-dua negara untuk tingkatkan industri pelancongan.


“Saya percaya semangat kerjasama sedia ada ini merupakan satu asas yang baik untuk selesaikan perkara yang menjadi kepentingan bagi kedua-dua negara,” katanya.

Firefly menggantung operasinya ke Singapura mulai 1 Disember, berikutan ia tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk beralih ke Lapangan Terbang Seletar dari Lapangan Terbang Changi.

Di Lapangan Terbang Changi, Firefly, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines, menawarkan 20 penerbangan harian ke dan dari Subang, Ipoh dan Kuantan.

Selain berkaitan Firefly, projek Sistem Transit Rapid antara Woodlands dan Johor Bahru turut dibangkitkan oleh Menteri Pengangkutan Singapura dalam pertemuan itu.

“Kesemua ini memang kita bincangan untuk mencari jalan penyelesaian,” kata Mohamed Azmin.

RTS yang boleh mengurangkan kesesakan sehingga 15 peratus di Tambak sejauh 1 km, dijadual siap pada 2024. – BERNAMA

Kategori