Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Thai Sambung Semula...

PATHUM THANI - Polis dengan dibantu tentera semalam menyambung semula usaha mencari ketua...

2 Maut, 3 Cedera...

KOTA BHARU - Dua terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila kereta yang mereka...

17 MPV Kejar Kereta...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan yang disyaki mengedar dadah ditahan ketika cuba...

PKR Kutuk Hadi Awang...

KUCHING - Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang...

Mereka Datang Naik Bas, Tapi Dapat Juga Duit Minyak?

SINDIR… “Apa yang dimaksudkan PH (Pakatan Harapan) dengan bagi Orang Asli terbabit hanya duit minyak… minyak sawit… minyak wangi atau minyak apa?

“Sebab semasa hari penamaan, saya difahamkan Orang Asli ini datang naik bas, ramai nampak. Apakah yang jalan kaki untuk naik bas itu perlu isi minyak dalam badan mereka?” soal Datuk Seri Wee Ka Siong dalam nada sinis.

Beliau yang juga Presiden MCA baharu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan PH berkaitan tersebarnya gambar tular jentera parti itu secara terbuka sedang memberikan wang kepada sekumpulan Orang Asli.

Jurucakap PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands memberi alasan kononnya itu adalah pemberian duit petrol kepada sukarelawan Orang Asli yang datang pada hari penamaan calon.

Tambah Ka Siong, berdasarkan alasan pelik yang diberi oleh PH itu, maka beliau menyarankan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar definasi sukarelawan di dalam Kamus Dewan juga harus ditukar.

“Alasan bagi duit kepada sukarelawan… maka definasi sukarelawan itu harus ditukar sebab selama ini mana ada definasi kena beri duit kepada pekerja sukarelawan sebab namanya pun memang sukarelawan.


“Saya kesian kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu. Kemenangannya dibatalkan tanpa alasan yang kukuh, hanya kerana buat jamuan kepada Orang Asli.

“Kini ada bukti kukuh tapi dihalalkan oleh kerajaan baru pula. Apakah ini acuan Malaysia Baru yang kita mahukan? Sudahlah tidak konsisten… banyak u-turn (pusingan U) lagi,” ujarnya lagi sinis. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori