Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jemaah Umrah Diserang Strok...

PUTRAJAYA - Salmah Mohd Yusof, 67, yang diserang strok ringan ketika mengerjakan umrah...

1/2 Juta Jemaah Haji...

MAKKAH - Lebih 400,000 jemaah tanpa permit haji dari seluruh dunia dan lebih...

Senarai Penuh Pemenang Anugerah...

ACARA Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) iaitu salah satu acara yang memberikan penghormatan...

Sesi Sekolah Tangguh Hingga...

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan akan ditangguhkan sehingga negara benar-benar pulih daripada wabak...

Mesyuarat Khas Raja-Raja Bincang Tarikh Pemilihan Agong

KUALA LUMPUR – Satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipercayai telah berlangsung di Istana Negara pagi ini bagi membincangkan tarikh pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Enam kenderaan dengan lambang kebesaran DiRaja dari Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kedah dilihat memasuki pekarangan Istana Negara seawal 10 pagi tadi.

Difahamkan mesyuarat berkenaan berlangsung lebih sejam sebelum kenderaan rasmi Sultan dan Raja-Raja dilihat meninggalkan Istana Negara kira-kira 12.25 tengah hari.

Mesyuarat itu berikutan pengumuman mengejut Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV semalam.

Media turut difahamkan kenyataan rasmi akan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata Seri Paduka memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.


Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 24 April 2017 selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Disember 2016.

Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat Majlis Raja-raja ke-243 (Khas) pada Oktober 2016, yang turut memilih Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Muhammad V menggantikan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember 2016. – BERNAMA

Kategori