Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

443,541 OKU Berdaftar JKM...

PETALING JAYA - Seramai 443,541 orang kelainan upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan...

Pakatan Harapan Bentang Belanjawan...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama...

350 Penduduk Di Mukim...

KULIM – Kira-kira 350 penduduk di empat buah kampung di Mukim Sedim dan...

Belia Sabah Perlu Manfaat...

KOTA KINABALU - Golongan belia di Sabah perlu memanfaatkan ruang dan peluang disediakan...

MMU Sedia Bantu Adrianna Eva

CYBERJAYA – Universiti Multimedia (MMU) bersedia menyediakan tempat melanjutkan pengajian dan mempertimbangkan bantuan kepada calon pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Adrianna Eva Alfred Tais, 18, yang kisahnya tular kerana terpaksa menjadi tutor sambilan dengan bayaran ‘Super Murah’ berikutan bapanya menghidap kanser tulang tahap empat.

Kesediaan MMU itu disuarakan oleh Presidennya, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq menerima kunjungan Adrianna Eva di MMU Cyberjaya di sini hari ini.

“MMU prihatin terhadap nasib yang menimpa Adrianna dan kami bersedia menawarkan tempat untuk beliau melanjutkan pengajian dalam jurusan Perundangan sekiranya layak.

“Pada masa yang sama, MMU juga akan mempertimbangkan bantuan kewangan mengikut kelayakannya untuk sesi kemasukan akan datang,” tambahnya.

Prof. Rafi memberitahu, antara bantuan kewangan yang boleh ditawarkan oleh MMU ialah Biasiswa Presiden, Biasiswa Merit, Biasiswa Kecemerlangan Sukan dan bantuan lain yang ditawarkan oleh organisasi atau yayasan yang bekerjasama dengan MMU.

Dalam pertemuan itu, Prof. Rafi menyelami kisah Adrianna Eva yang terpaksa menjadi tutor sambilan dengan bayaran serendah RM20 sejam demi meringankan beban keluarga berikutan masalah kesihatan bapanya sehingga menjadi tular dalam kalangan netizen, baru-baru ini.

Adrianna yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Taksiran Tiga (PT3), turut menjual nota kelasnya dengan harga RM2 hingga RM5 untuk mendapatkan sumber kewangan.


Beliau yang bercita-cita menjadi seorang peguam atau wartawan turut mempunyai impian mengikuti pengajian di MMU atau Universiti Malaya selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan pada Mac depan.

Prof. Rafi seterusnya mempelawa Adrianna Eva mengikuti Program Pengalaman Universiti (University Experience Programme) anjuran MMU untuk merasai sendiri pengalaman kampus di MMU Cyberjaya pada 26 Januari 2019 atau di MMU Melaka pada 25 hingga 27 Januari 2019.

Semasa program tersebut, para peserta akan dapat mengenali dengan lebih dekat kemudahan dan suasana pembelajaran di MMU.

Sementara itu, Adrianna Eva melahirkan rasa gembira dengan pertemuan tersebut yang disifatkan sebagai peluang keemasan untuk mengenali lebih dekat MMU selain mendapatkan informasi tentang peluang yang ditawarkan untuk pelajar lepasan SPM.

Beliau kagum dengan kecemerlangan akademik atau kurikulum oleh para pelajar dan alumni MMU sama ada di peringkat di peringkat tempatan dan antarabangsa. Dia turut menyatakan rasa tertarik dengan aktiviti-aktiviti kurikulum yang dijalankan oleh lebih 150 persatuan dan kelab yang terdapat dalam MMU.

  • Lagi berita berkaitan:
  • MMU

Kategori