SEORANG model mendakwa ditinggalkan tunangnya beberapa hari sebelum majlis perkahwinan mereka gara-gara berat badannya naik mendadak selepas menjalani rawatan kanser otak.
Lebih buruk Emily Nicholson ditinggalkan tunangnya, Jamie Smith menerusi mesej di Facebook.
Model berusia 24 tahun dari York berpindah ke Australia pada 2012 dengan keluarganya dan bekerja di sebuah kelab sebelum disahkan menghidap kanser otak pada Februari 2016.
Jamie bagaimanapun mendakwa dia ditinggalkan Emily dan menafikan perpisahan itu berlaku kerana berat badannya.
Pada 13 Januari 2017, Emily dimaklumkan bahawa dia ada masa selama setahun untuk hidup.
Susulan itu Emily dan Jamie, 24, memutuskan untuk mengikat hubungan mereka dengan segera.
Namun seminggu sebelum hari bahagia mereka, Emily yang saiz badannya naik mendadak sehingga lima kali saiz gaun perkahwinannya dalam tempoh enam minggu kerana pengambilan steroid mendakwa Jamie membatalkan perkahwinan mereka menerusi Facebook Messenger.
“Jamie menghantar mesej kepada saya dan kata dia tidak mahu hidup bersama saya dan dia juga beritahu tidak lagi cintakan saya.
“Ia amat teruk. Dia menjelaskan bahawa dia tidak mencintai saya. Saya fikir dia tinggalkan saya kerana perubahan bentuk fizikal saya.
“Sekarang saya tidak fikir apa-apa mengenainya, dia menyakiti hati saya tetapi tiada gunanya kecewa mengenai perkara itu.
“Saya hanya perlu tabah mengharungi segalanya,” katanya. – Mirror.co.uk