Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

6 Daripada 8 Mayat...

WELLINGTON - Enam daripada lapan mayat mangsa letusan gunung berapi di Pulau Putih...

Gempar NGO Asing Beri...

SEJAK beberapa hari lepas gempar di media sosial sedutan rakaman forum di Washington...

Jika Ada Bukti Lapor...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri...

Tinggal Kurang 2 Peratus...

KUALA LUMPUR - Tinggal kurang daripada dua peratus sahaja lagi bagi Malaysia mencapai...

MRT Rugi RM6 Juta Akibat Kes Curi Kabel Sejak 2016

RAPID Rail Sdn. Bhd. mengalami kerugian lebih RM6 juta susulan kes kecurian kabel sejak Transit Aliran Massa (MRT) mula beroperasi 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairani Mohamad berkata malah kes kecurian itu berlaku semasa MRT dalam tempoh pembinaan lagi.

Sehubungan itu, pihaknya akan meningkatkan kawalan tahap keselamatan di sepanjang 51 kilometer jajaran laluan Sungai Buloh-Kajang bagi mencegah gejala tersebut.

Beliau berkata pihaknya antara lain akan memasang pagar penghadang dan penutup kabel pada tiang jejambat bagi mengelakkan kecurian kabel.

“Tahun lepas sahaja terdapat lapan kes dilaporkan berhubung kes kecurian kabel MRT,” katanya dalam sidang media di depot MRT Sungai Buloh, hari ini.


Khairani juga memaklumkan, bahawa rakan cop MRT akan ditubuhkan bagi membolehkan masyarakat turut membantu dalam hal tersebut.

Semalam, seorang lelaki ditahan kerana disyaki cuba mencuri kabel di satu lokasi antara stesen Pusat Bandar Damansara serta Phileo Damansara dan perbuatan itu mengakibatkan perkhidmatan MRT terhenti buat seketika. – BERNAMA

Kategori