Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kutipan Bayaran Balik Pinjaman...

KUALA LUMPUR - Kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

Akibat Pencemaran Toksik: Irfan...

KUALA LUMPUR – Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, sebelum ini sangat aktif berlari,...

RM12 Juta Bina Kompleks...

LIPIS : Kerajaan negeri akan membina sebuah Kompleks Pentadbiran Daerah Kecil Jelai baharu...

Penceroboh Lompat Pagar White...

WASHINGTON - Kakitangan White House dan wartawan kembali ke bangunan itu selepas mendengar...

MAZA Sindir PH Macam Penyamun Jual Penyangak

“IBARAT tukar kenderaan baharu supaya konon dapat rasa perjalanan yang lebih baik dan selesa, namun jika sama sahaja seperti sebelum ini, maka apa gunanya?”

Persoalan sinis tersebut dibangkitkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam satu hantaran menerusi akaun sosial Facebooknya hari ini yang tular diperkatakan ramai netizen tempatan.

Ia dipercayai merujuk kepada prestasi buruk beberapa menteri Pakatan Harapan (PH) seperti yang dibangkitkan oleh tokoh wartawan negara, Datuk A. Kadir Jasin dalam laman blognya sebelum ini.

“Harapnya janganlah sampai seperti dialog popular Tan Sri P. Ramlee ‘bapak di sana itu penyamun, abang-abang di sini itu penyangak. Dah kena dah penyamun pula jual si penyangak. Apa salahnya!

“Tukar kenderaan baharu supaya perjalanan lebih baik dan selesa. Namun, jika sama sahaja seperti sebelum, maka apa gunanya,” kata Mohd. Asri yang mesra disapa MAZA merujuk filem 3 Abdul tersebut.

Semalam media melaporkan, A Kadir yang juga Penasihat Media Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tegur prestasi kerajaan PH yang mengecewakan sejak ambil alih kuasa pada tahun lalu.

Beliau mendakwa, menteri serta pembantu mereka tidak mesra rakyat dan tidak penuhi harapan penyokong selain memaklumkan bahawa gabungan politik tersebut kini jelas dalam bahaya besar.


Ia susulan tamparan dialami PH dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu yang menunjukkan rakyat mulai berani bangkit tolak rejim kerajaan Malaysia Baharu.

“Maka berwaspadalah. Kalau rakyat boleh mengundi PH, mereka juga boleh menolak PH,” kata A Kadir sebagai ulas kekalahan memalukan calon blok siasah pemerintah tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

*Video berikut sekadar hiasan…

Kategori