Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Saya Dah Tak Tall...

SIAPA saja tak kenal dengan menteri sempoi kita sorang ni, walaupun nampak serius...

1MDB: Semua Pihak Termasuk...

KUALA LUMPUR - Semua pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Jemaah Warga Emas Meninggal...

MAKKAH : Jemaah haji lelaki warga emas meninggal dunia di sini, pada 25...

Bah Johor: Jumlah Mangsa...

JOHOR BAHRU : Situasi banjir di negeri ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah...

Najib Pun Cari Kaunter ‘Claim’ Duit Minyak Dari PH

SINIS… Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di Cameron Highlands hari ini terus sindir Pakatan Harapan (PH) dalam kes jentera kempen parti itu beri duit minyak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen itu.

“Saya pun hendak tanya kaunter claim (tuntut) duit minyak di mana? Saya nak cari-cari dalam sehari dua ni. Kalau saya datang sini saya nak claim duit tambang sikitlah daripada PH,” kata sinis bekas perdana menteri tersebut.

Najib baru-baru ini ada memuat naik hantaran ringkas dalam akaun media sosial Facebook dirinya berserta gambarnya ceria tunggang motosikal dan menulis ayat “Kaunter claim (tuntut) duit minyak PH kat mana?”

Status ringkas itu sebagai sindiran berkaitan dakwaan berlakunya amalan politik wang di PRK Cameron Highlands selepas tersebar gambar seorang wanita memakai baju PH sedang sibuk agihkan wang kepada beberapa lelaki.

PH mendakwa kononnya ia merupakan duit minyak kepada sukarelawan Orang Asli yang hadir pada PRK tersebut tetapi dalih pelik itu dibidas banyak pihak kerana mereka dikesan datang dengan menaiki bas sewa khas parti itu.


Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang ‘turun padang’ berkempen dengan calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor turut sindir maksud duit minyak itu merujuk minyak wangi, minyak sawit atau minyak angin.

Bekas menteri tersebut malah dalam nada sinis meminta pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ubah semula definisi sukarelawan sebagai individu bukan buat kerja secara sukarela tetapi masih dibayar upah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori