Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sambut Positif Cadangan Jalan...

TAWAU - Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menyambut positif cadangan berhubung penggunaan teknologi pembinaan...

3 Maut Dalam Nahas...

TIGA terbunuh manakala, empat lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 283, Lebuh...

Neelofa Akhirnya Akui Pernah...

JIKA sebelum ini pengacara dan pelakon Neelofa banyak bermain teka-teki mengenai status hubungannya...

Wakil Pencak Silat Singapura...

SINGAPURA - Pesilat Singapura yang memenangi pingat emas pada Kejohanan Pencak Silat Asia...

Najib Sindir Guan Eng Turun Harga Minyak Tapi…

SINDIR… Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara sinis berkata, tuduhan Lim Guan Eng bahawa beliau telah fitnah Menteri Kewangan itu dalam isu penurunan harga RON 95 adalah ‘betul’.

Ini berikutan pengumuman secara dramatik penurunan harga RON 95 sebanyak 27 sen seliter iaitu RM1.93 yang juga termasuk tambahan margin keuntungan kepada pengusaha stesen minyak sebanyak 2.81 sen satu liter hari ini.

Bekas perdana menteri itu sebaliknya berkata, sebelum ini beliau mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah kenakan cukai tersembunyi sebanyak 30 sen ke atas RON 95 berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

“Di dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dua minggu yang lepas, Guan Eng menuduh saya telah ‘fitnah’ bahawa kerajaan PH mengenakan cukai petrol sebanyak 30 sen setiap liter. Rupanya Guan Eng adalah ‘betul’.

“Saya telah ‘fitnah’ beliau. Ia cuma 29.81 sen satu liter dan bukan 30 sen satu liter. Saya salah lagi. Air muka Guan Eng tetap dijaga kerana perbezaan 0.19 sen ini,” kata Najib dalam hantaran menerusi akaun Facebook beliau.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa bahawa pengumuman harga minyak hari ini turut mengesahkan kerajaan PH telah bertindak menaikkan margin keuntungan untuk pengusaha stesen petrol sebanyak 23 peratus untuk RON 95.


“Ia meningkat daripada hanya 12.19 sen satu liter kepada 15 sen satu liter bermula hari ini. Untuk rekod, penjualan RON 95 di seluruh Malaysia secara purata ialah sebanyak 1.1 bilion liter dicatatkan pada setiap bulan.

“Ini bermaksud pengusaha stesen minyak sebenarnya boleh mengaut keuntungan tambahan sebanyak RM30 juta setiap bulan ataupun RM360 juta setiap tahun dengan pengumuman kenaikan harga pada hari ini,” dakwa Najib.

Manakala margin keuntungan untuk diesel pula ujar bekas menteri kewangan tersebut, turut dinaikkan oleh pihak kerajaan PH sebanyak 43 peratus daripada cuma 7 sen satu liter kepada 10 sen satu liter.

“Apapun, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat nikmati harga petrol yang lebih rendah ketika ini walaupun telah terlambat untuk musim cuti sekolah bulan lepas,” kata Najib dalam nada sinis. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori