Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Keputusan Pengecaman Mayat Diketahui...

KUALA LUMPUR - Keputusan proses pengecaman mayat mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran...

Selamatkah Johor Mahiaddin Jadi...

Kini orang Johor ada sebab dan alasan kukuh untuk memastikan PN tidak menang...

Royalti: Rakyat Terengganu Terima...

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu tetap akan menerima manfaat hasil nilai yang setara...

Tempoh Diskaun Saman Trafik...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman...

Nelayan Indonesia Dedah Nampak MH370 Terhempas

BONGKAR… Seorang nelayan dari Indonesia dedah pernah lihat pesawat MH370 terhempas di laut timur Sumatera semasa dia sedang menangkap ikan di kawasan tersebut, lima tahun lalu.

Malahan nelayan berkenaan, Rusli Khusmin, 42, berkata, rakaman kejadian pesawat tersebut bersama-sama bacaan sistem pengesanan global (GPS) turut diperolehnya sebagai bukti untuk diserah kepada pihak berkuasa Malaysia.

“Saya lihat sendiri pesawat Malaysia itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yang patah, tiada bunyi, hanya asap hitam seperti berpunca daripada kebakaran sebelum ia kemudian terhempas ke dalam air,” kata Ruslin.

Beliau yang diterbangkan khas dari Indonesia oleh Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) untuk buat pendedahan itu berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Lake View Club, Subang Jaya, Selangor hari ini.

Rusli turut angkat sumpah dengan kitab al-Quran pada sidang media khas itu yang turut dihadiri Presiden CASSA, Datuk Dr. Jacob George dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Seri Nadzim Johan.

Beliau yang turut membuat akuan bersumpah hari ini berkata, selepas kejadian pada pagi 8 Mac 2014 itu, dia ada meninjau perkembangan pesawat tersebut di lokasi yang sama tetapi kesal tidak dapat mengesan apa-apa lagi.

“Namun saya berasa hampa kerana selama dua hari cuba meninjau perkembangannya, tiada apa-apa yang timbul dari kawasan laut berkenaan, malahan langsung tiada serpihan, hanya asap hitam dan bau busuk asid,” kata Rusli.


Segala data GPS dan bukti di tempat kejadian diserahkan kepada CASSA dan menurut Jacob, pihaknya akan beri bukti itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tunggu tindakan penyelesaian selanjutnya.

Dalam insiden aneh tersebut, pesawat MH370 bawa seramai 227 penumpang dan 12 kru semasa terbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China sebelum tiba-tiba dilapor hilang di Laut China Selatan ketika memasuki Vietnam.

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines tersebut menjadikan peristiwa berkenaan sebagai satu daripada misteri penerbangan terbesar dunia yang masih belum terungkai sehingga kini. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

Kategori