Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tuntutan Baharu Waris Kesultanan...

KUALA LUMPUR - Percubaan terkini pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu untuk...

Hormati Hukum-Hukum Islam

SHAH ALAM - Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama mesti menghormati Islam kerana...

Ahli Parlimen, ADUN Terima...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menjadi antara...

Dilastik Dengan Guli, Cabaran...

CYBERJAYA: Dilastik dengan guli adalah antara cabaran yang pernah ditempuhi anggota Angkatan Tentera...

Operasi Menyelamat Lelaki Finland Hilang Dipergiat

OPERASI mencari dan menyelamat seorang lelaki warga Finland yang dikhuatiri hilang di Pulau Tioman sejak Selasa, dipergiatkan hari ini dengan bantuan anjing pengesan.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata operasi hari kedua bermula pada 8.30 pagi dengan tumpuan diberikan di sekitar kawasan Kampung Paya menuju ke arah Kampung Genting.

“SAR disertai oleh 41 pegawai dan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk tempatan dengan bantuan anjing pengesan polis dan bomba,” katanya dalam kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Semalam, seorang pekerja restoran, Jamsari Ismail, 47, membuat laporan polis mengenai kehilangan Nakitin Aleksis Elis Valtteri, 20, yang dikatakan kali terakhir dilihat pada Selasa.

Jamsari mendakwa mangsa yang dikenalinya pada petang Isnin menumpang tidur di rumahnya di Kampung Paya dan ada bertanya arah untuk ke air terjun Asah di Kampung Mukut.


Dia berkata mangsa tidak kelihatan semasa dia pulang daripada kerja pada petang Selasa, namun dokumen dan barang miliknya masih berada di rumah.

Operasi SAR yang bermula pada 3.30 petang semalam, melibatkan 17 pegawai dan anggota penyelamat dan dihentikan pada 6 petang ekoran keadaan yang semakin gelap. – BERNAMA

Kategori