Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

About Solving a Problem...

The collection employees should get training which will enable them all to creditably...

Komuter Beroperasi Di Utara...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan beroperasi di...

“Tak Pernah Keluar UMNO,...

CALON Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menolak dakwaan ramai bahawa beliau konon meninggalkan...

Video Wanita Dicukur Kepala...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penyebaran video menunjukkan dua wanita...

Otai Reformis 1998 Mahu Anwar Segera Jadi PM

TEGUH… Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti menjadi Perdana Menteri yang kelapan dalam tempoh dua tahun seperti dijanjikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail berkata, pihaknya gusar janji itu tidak ditunaikan lebih-lebih lagi selepas terdapat usul oleh perwakilan Parti Pribumu Bersatu Malaysia (PPBM) pada akhir tahun lalu.

Dalam Perhimpunan Agung Tahunan parti serpihan UMNO itu di Putrajaya baru-baru ini, delegasi PPBM mahukan Mahathir selaku Pengerusi PPBM untuk kekal pegang jawatan Perdana Mentei selama sepenggal.

“Politik ini adalah seni pelbagai kemungkinan, walaupun Mahathir menyatakan akan menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam masa yang ditetapkan, tetapi besar kemungkinan pelbagai perkara akan berlaku.

“Kami mahu juga Anwar dijadikan Perdana Menteri seperti yang dijanjikan. Dalam Majlis Presiden sebelum pilihan raya, telah dipersetujui bersama bahawa Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri dalam masa dua tahun.

“Jadi kami mahu peralihan tersebut perlu ambil tempat dalam masa dua tahun,” kata Abdul Razak dalam sidang akhbar di ibu negara pada hari ini merujuk tempoh masa ditetapkan sebelum ini.


Sementara itu, jelas beliau, pihaknya juga gusar dengan perkembangan politik semasa terutama berkaitan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang ‘lompat’ ke parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain.

“UMNO dulu kita tentang habis-habisan tetapi sekarang mereka itu sudah jadi ‘suci’ apabila masuk ke PPBM atau Parti Amanah Negara (PAN) dan sebagainya. Kita merasakan satu kegusaran di sini.

“Ia sekiranya pemindahan atau ‘lompat’ itu tadi melebihi daripada apa yang dijangka, kami berasa PPBM sendiri akan jadi parti dominan, mengatasi PKR itu sendiri,” kata Abdul Razak. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori