Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sabung Ayam: Tujuh Lelaki...

MIRI - Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana dipercayai terlibat...

The Pocket Rocketman Lakar...

NILAI - Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu Asia...

Takahara Suiko Sah Bergelar...

BAGI yang sering mengikuti industri muzik 'underground' pasti mengenali penyanyi bernama Takahara Suiko...

Mahathir Nyatakan Solidariti Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan solidariti dan...

Pahang Sedia Ambil Alih Bayar Elaun Tok Batin

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kerajaan negeri Pahang sedia mengambil alih pembayaran elaun kepada Tok Batin, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) enggan berbuat demikian.

Beliau yang kini menjalankan tugas presiden parti berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

ā€œWalaupun sebelum ini (didakwa) ada ugutan terhadap Tok-tok batin bahawa jika didapati sokong Barisan Nasional (BN) elaun mereka ditarik, saya telah berbincang dengan menteri besar, jika perkara yang tidak sepatutnya ini berlaku, maka Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil alih pembayaran elaun tersebut dari kerajaan pusat,ā€ katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama jentera BN, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang tular di media sosial Facebook baru-baru, mendakwa Tok Batin sekitar Cameron Highlands ‘dikurung’ di sebuah hotel di Brinchang dengan tujuan untuk dipaksa memberi undi kepada calon PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu Sabtu ini.


Namun, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Fuziah Salleh menegaskan tiada ugutan atau tawaran dibuat kepada Tok Batin di Cameron Highlands untuk mendapatkan undi.

PRK berkenaan menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH, M.Manogaran; calon BN, Ramli Mohd Nor dan dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee. – BERNAMA

Kategori