MERIAH… Figura popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi hadir menceriakan sesi persekolahan hari pertama murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Badak di Kuantan, Pahang.
Aznil atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, Pak Nilberkata, kehadirannya ke sekolah rendah tersebut hari ini adalah menerusi program Yayasan Pesona miliknya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
“Menerusi kerjasama ini, saya akan menanam keyakinan untuk anak-anak ini bercakap, bercerita dan menjadi seorang murid yang mempunyai tahap disiplin tinggi.
“Pada masa kini, bukan sahaja ilmu pelajaran perlu diberikan penekanan tetapi ilmu menjadi insan sempurna juga penting,” katanya ketika ditemui di sekolah itu.
Yang hadir sama ialah Guru Besar SK Permatang Badak, Salina Arbaa. Seramai 128 murid tahun satu memulakan sesi persekolahan pertama di sekolah itu hari ini. – UTUSAN ONLINE