Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KLIA Melangkaui Sasaran Kualiti...

KUALAL LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) melangkaui sasaran kualiti perkhidmatan pada...

RM1 Juta Disalur Bantu...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis menyampaikan...

Pekan Bekenu Nanti Khabar...

MIRI - Lawatan rasmi dua hari Datuk Seri Najib Tun Razak ke utara...

Aktres Porno Marah Dapat...

PARIS – Bintang filem pornografi terkenal Perancis, Nikita Bellucci mendakwa telah mengalami suatu...

Pasangan Penjual Teh Duduki Senarai Terkaya Forbes 2019

PASANGAN penjual teh yang beroperasi di sebuah gerai kecil di Kochi, India membuktikan impian boleh menjadi kenyataan hasil disiplin dan usaha gigih.

Siapa sangka dengan hanya menjual teh setiap hari, pasangan ini telah berkunjung ke 23 negara di seluruh dunia.

Malahan, pencapaian mereka turut diketengahkan Senarai Terkaya Forbes.

Memulakan perniagaan sejak 1963, Vijayan dan isterinya, masing-masing berusia dalam lingkungan 70 an memastikan impian itu dicapai dengan disiplin menabung setiap hari.

Mempunyai pelanggan antara 300 hingga 350 sehari, pasangan ini akan menyimpan Rs300 setiap hari untuk tujuan melancong.

Gerai milik mereka juga antara lokasi tumpuan ramai di Kerala tanpa mengira siang atau malam.


Malahan, pasangan ini juga popular dalam kalangan pelancong asing selain selebriti tempatan.

“Melancong boleh mengubah cara berfikir dan budaya kita,” kata Vijayan.

Sehingga kini, Vijayan dan isterinya telah melancong antaranya ke Singapura, Argentina, Peru, Switzerland dan Brazil.

Kisah pasangan ini mendapat perhatian ramai di media sosial, malahan menambah bilangan pelanggan di gerai teh mereka. – IndiaToday

Kategori