Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kumpulan Pertama Jemaah Haji...

GEORGE TOWN - Sebanyak 278 jemaah haji kumpulan pertama selamat tiba di Lapangan...

Jerebu: Shah Alam Catat...

PETALING JAYA - Keadaan jerebu semakin teruk pada pagi Rabu dengan Shah Alam...

Pertukaran Portfolio Untuk Pulihkan...

KOTA KINABALU - Pertukaran portfolio antara Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan Datuk...

Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah...

Kuala Lumpur: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan...

Pasar Ini Popular Dengan Hidangan Daging Tikus

JELIK… Tikus mungkin dianggap sebagai haiwan mamalia kecil yang cukup menjijikkan manusia kerana boleh bawa penyakit dan sering buat kerosakan di kawasan dilaluinya.

Namun tahukah anda bahawa haiwan yang kotor ini merupakan antara hidangan paling popular di sebuah pasar di bahagian timur laut India dengan daya tarikannya adalah penjualan daging tikus?

Ia direbus sebelum bulu dan kulitnya disiat-siat dan kemudian dimasak dalam lauk-pauk pedas – lebih popular daripada daging ayam dalam kalangan pengunjung yang melanggani pasar berkenaan.

Lokasinya di sebuah perkampungan Kumarikata di wilayah Assam. Di pasar itu, ramai pelanggan sibuk beli beratus-ratus daging tikus yang baru sahaja ditangkap.

Menurut petani tempatan, haiwan tersebut perlu ditangkap bagi cegah sebarang kerosakan di ladang mereka yang terletak di sebuah wilayah bersempadan dengan Bhutan.

Daging tikus yang dipanggang turut dijual malahan ia juga popular dalam kalangan pelanggan. Justeru, bagi para petani, mereka menyaksikan jumlah tikus yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun puak ‘Adivasi’ yang miskin dan terpaksa bekerja di ladang-ladang teh di wilayah Assam untuk menyara kehidupan, daging tikus merupakan sumber pendapatan yang lumayan untuk mereka.

Pada musim sejuk semasa tiada kegiatan memetik daun teh, puak Adivasi ini akan pergi ke sawah-sawah padi untuk memerangkap tikus yang kemudian dijual di pasar tersebut.


Daging tikus seberat satu kilogram boleh dijual pada harga cecah sekitar 200 rupee (kira-kira RM11.50) – sama harga dengan daging ayam dan daging babi.

“Kami memasang perangkap di sawah padi kerana tikus ini suka memakan padi para penduduk,” kata Samba Soren, seorang penjual daging tikus di pasar Kumarikata.

Tikus itu ditangkap pada sebelah malam semasa musim menuai, dengan perangkap yang diperbuat daripada buluh dipasang di sawah padi. Sebilangan tikus yang ditangkap adalah seberat lebih satu kilogram.

Menurut para penjual, mereka biasanya berjaya menangkap tikus-tikus dengan hasil tangkapan seberat antara 10 kilogram hingga 20 kilogram pada setiap malam. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • tikus

Kategori