Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat CWC Sementara MIC...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC 2009 yang diadakan semalam...

Polis Bongkar Makmal Dadah...

IPOH - Polis berjaya membongkar dua makmal memproses dadah disyaki syabu dan ganja...

Israel Tidak Akan Henti...

BAITULMUQADDIS – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman memberitahu rakan sejawatnya, dari Jerman kelmarin...

Bekas Ketua Kampung, Rakan...

YALA - Seorang penyerang yang tidak dikenali menembak mati seorang bekas ketua kampung...

Pekerja Kecewa Ditipu Janji ‘Didodoi’ Wanita

KESAL… Pekerja di sebuah syarikat e-dagang di wilayah Hebei, China kecewa apabila majikan tidak tunai janji sepatutnya dalam beri insentif selepas bertungkus-lumus kerja tiga hari berturut-turut.

Ia sebagai ganjaran istimewa kepada mereka kerana dikerah bertugas ketika acara jualan 11 November tahun lalu berlangsung, menurut laporan media tempatan baru-baru ini.

Syarikat tersebut sebelum ini berjanji akan menyediakan 50 wanita cantik untuk membacakan cerita-cerita waktu tidur ketika kesemua pekerja tersebut mahu berehat di pejabat.

Malah, syarikat perniagaan atas talian tersebut menjanjikan bahawa kesemua wanita yang akan ‘dodoi’ pekerja terbabit bersiap-sedia selama 72 jam untuk berkhidmat apabila diperlukan.

Kesemua pekerja ketika itu perlu bertugas selama 72 jam tanpa henti dan berada di pejabat ketika acara jualan terbesar itu diadakan.

Namun apa yang terjadi adalah syarikat tersebut hanya menyediakan suara wanita berkomputer yang membacakan cerita-cerita waktu tidur melalui satu aplikasi telefon.


Tindakan itu membuatkan kesemua pekerja yang sedang bertungkus-lumus menjayakan acara jualan itu benar-benar kecewa.

Sementara itu, wakil pegawai dari jabatan sumber manusia syarikat itu pula memaklumkan bahawa suara wanita melalui aplikasi itu adalah penyelesaian terbaik. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori