Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

COVID-19: Wanita Malaysia Antara...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan satu daripada tujuh kes import yang diumumkan...

5 Tips Kecantikan Di...

Kebanyakkan orang di dunia gemar memakan ketang dan merupakan di antara bahan yang...

Perak Sedia Runding Isu...

PARIT BUNTAR - Kerajaan negeri Perak sedia berunding dengan Pulau Pinang mengenai perjanjian...

Pemerdagangan Manusia Adalah Jenayah...

POKOK SENA - Pengebumian 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma,...

Pelajar Perempuan Cedera Parah Terjatuh Tingkat Empat

ALOR SETAR – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat di sebuah sekolah di Alor Setar, hari ini.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Bahiyah di sini menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.04 pagi dan pelajar berkenaan ditempatkan ke Zon Merah sebaik tiba di hospital pada pukul 7.40 pagi.

“Pelajar itu tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal yang memerlukan alat bantuan pernafasan. Dia dirawat oleh doktor pakar Kecemasan dan Trauma serta pakar pembedahan dan pakar Ortopedik.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelajar itu mengalami kecederaan patah tulang di bahagian tengkuk, kedua-dua peha kanan dan kiri, selain luka di bahagian dahi kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhizan berkata, pasukan doktor pakar masih berusaha untuk menstabilkan keadaan pelajar itu. – BERNAMA

Kategori