Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isteri Gemuk Punca Sukar...

KUALA LUMPUR - Isteri yang gemuk dan kekurangan kepada lelaki menjadi salah satu...

Hapus Tol KL-Seremban, Salak...

SANGKAL... Barisan Nasional (BN) mendakwa penghapusan tol di jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan...

SMART Bakal Terima Pengiktirafan...

PUTRAJAYA - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bakal diiktiraf sebagai anggota...

Polis Kedah Buru 86...

ALOR SETAR - Polis Kedah memburu 86 individu yang dikehendaki termasuk dua wanita...

Pemandu Peribadi Anak Ahmad Zahid Maut Kemalangan

MARAN – Perjalanan empat sekeluarga bercuti ke Terengganu bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar tebing bukit di Kilometer 165.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Muhamad Aidil Suhaidi, 25, dan datuknya, Saad Salleh, 72, masing-masing berasal dari Desa Pandan, Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian selepas tercampak dari kenderaan.

Difahamkan Muhammad Aidil adalah pemandu peribadi kepada anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan, Norzamri Abd Rahman, berkata siasatan awal mendapati kereta model Honda Jazz dipandu Muhammad Aidil dipercayai terbabas ke lorong kiri lalu melanggar tebing bukit.

Beliau berkata, kereta berkenaan turut dinaiki adiknya, Muhamad Aliff, 23, yang duduk di bahagian penumpang hadapan dan nenek mereka, Siti Zaleha Abdullah, 57, yang duduk di kiri belakang.

“Adik mangsa cedera di kepala manakala nenek mereka cedera di badan dan muka.

“Mangsa dan datuknya yang duduk di bahagian penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian berikutan cedera parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Norzamri berkata, siasatan di lokasi kemalangan mendapati keadaan jalan sedikit berselekoh dan menuruni bukit.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ahmad Zahid menerusi akaun Twitter rasminya, memuat naik entri berserta gambar ketika solat jenazah mangsa di Masjid Kampung Pandan, jam 11 malam tadi.

Berdasarkan entri berkenaan, Muhamad Aidil dikatakan dalam perjalanan ke Kelantan untuk menghadiri majlis pertunangannya.

Bagaimanapun, belum ada maklumat berhubung perkara itu diperoleh BH setakat pagi ini. – BH Online

Kategori