Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1,128 Penuntut Balik Kampung...

KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama seramai 1,128 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) akan...

Pemandu Lori Didenda RM2,000...

PETALING JAYA - Gara-gara mempunyai tatu melambangkan anggota kongsi gelap di tubuhnya, seorang...

Inilah Masjid Paling Sejuk...

SETIAP masjid terkenal di dunia mempunyai ciri khas yang tersendiri. Tetapi tahukah anda, terdapat...

Bursa Malaysia Terima Panggilan...

SUASANA di luar bangunan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur huru-hara apabila orang ramai...

Pemilik Restoran Nafi Sudu, Garpu Dicuci Kotor

Pengurusan rangkaian Restoran Khulafa Sdn. Bhd. nafi dakwaan pekerjanya cuci sudu dan garpu di atas jalan di belakang premisnya di Shah Alam, Selangor seperti tular menerusi laman sosial.

Pengerusinya, Datuk Abdul Wahith Sharfuddin berkata, kejadian itu hanya salah faham kerana semasa kejadian pekerja restoran sedang buat pembersihan bagi buang sudu dan garpu yang berkarat dan tidak sesuai digunakan.

“Apa yang viral (tular) tersebut adalah tidak benar, sudu-sudu yang diletakkan di atas jalan di Seksyen 7 itu seperti dalam gambar berkenaan sebenarnya adalah sudu yang berada di dalam stor sebelum ini.

“Sudu dan garpu itu telah lama dan sebelum ia dimasukkan ke dalam plastik hitam untuk dibuang ke tong sampah, pekerja terlebih dahulu meletakkan di atas jalan terbabit.

“Kebetulan pada ketika itu juga kami sedang buat pembersihan di bahagian belakang premis dan gambar yang tular tersebut seolah-olah nampak macam kami sedang mencuci sudu dan garpu atas jalan raya,” katanya.

Abdul Wahith menegaskan pihaknya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab telah sebar gambar pekerjanya itu sehingga boleh beri imej buruk kepada lapan cawangan restoran tersebut di sekitar Lembah Klang.

“Kita mengikut prosedur yang ditetapkan dalam cara basuhan sudu dan garfu iaitu merendamnya di dalam air berisi sabun sebelum dicuci dengan span dan direndam sekali lagi di dalam air panas,” jelasnya.


Susulan kejadian itu, pemilik kepada lapan buah cawangan Restoran Khulafa berkata, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah melakukan pemeriksaan di premis berkenaan.

“Pemeriksaan oleh MBSA dan pejabat kesihatan pada jam 11 pagi semalam mendapati premis kita adalah bersih dan patuh piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,” kata Abdul Wahith.

Semalam, tular menerusi laman sosial Facebook gambar seorang pekerja di Restoran Khulafa cawangan Seksyen 7 Shah Alam dilihat seolah-olah mencuci sudu dan garpu di atas jalan di belakang premis berkenaan.

Status tersebut yang dimuat naik oleh seorang wanita itu bahkan mendapat kecaman dan komen negatif daripada netizen serta telah dikongsi lebih 1,000 individu lain. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori