Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Ikan Keli Emas Terperangkap...

SARATOK - Seekor keli berwarna oren keemas-emasan jauh berbeza berbanding keli biasa terperangkap...

Amaran Ribut Petir Sehingga...

KUALA LUMPUR - Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak di Rejang,...

Najib Sindir Tony Isu...

SINIS... Datuk Seri Najib Tun Razak pulang paku buah keras kepada Tony Pua...

Tiga Sekawan Maut Hilux...

KAMPAR - Tiga sekawan maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka...

Pemuda UMNO Tubuh Sekretariat Pantau Harga Barang

PEMUDA UMNO akan menubuhkan sekretariat pemantauan harga barang bagi memantau harga barang di seluruh negara bermula bulan depan.

Ketuanya Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata sekretariat tersebut akan diketuai ketua pergerakan pemuda di setiap negeri.

“Sekretariat pemantau harga ini akan membuat laporan menerusi media dan media sosial mengenai perkembangan harga barang asas. Kita tahu kerajaan ada cara sendiri nak pantau harga barang. Kita nak bantu menteri supaya maklumat tepat sampai kepada mereka.

“Kita akan memantau harga barang setiap bulan sehinggalah mereka (kerajaan) dapat menggariskan satu perancangan yang konkrit untuk rakyat dapat merasai kehidupan yang lebih selesa,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO kali pertama semalam.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata pemuda akan melancarkan kempen untuk menambah keanggotaan anak muda dalam parti itu.

“Kita akan menjelajah ke seluruh kampus di seluruh negara untuk mendekati mahasiswa. Hari ini, kerajaan pun dah meminda AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971). Kita boleh tubuhkan parti di universiti dan pemuda UMNO akan ambil peluang ini.

“Kita bukan nak menghasut mereka tetapi kita nak membina idealisme mahasiswa agar berpandukan kepada fakta dan bukannya sentimen serta emosi,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata Pemuda UMNO bersedia menawarkan seorang peguam pemerhati kepada keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim bagi memastikan kematian anggota bomba itu terbela.

“Kita tawarkan peguam pemerhati ini secara percuma kepada keluarga Muhammad Adib bagi mengikuti inkues yang akan dijalankan dalam masa terdekat,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Disember. – BERNAMA

Kategori