Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tajul Ariff Elak Keluar...

PENYANYI Tajuk Ariff, 19, memberitahu dia membuat keputusan untuk tidak keluar di tempat...

Kaki Seks, Mulut Celupar...

MANILA - Ingat nama ini - Rodrigo Duterte. Inilah nama yang akan anda...

Serah Semula Butiran Tawaran...

KUALA LUMPUR - Kerajaan meminta maklumat terperinci berhubung tawaran pengambilalihan syarikat konsesi lebuh...

103 Kematian Akibat Covid-19...

PUTRAJAYA – Negara kembali mencatatkan kes kematian Covid-19 melepasi 100 dengan 103 kes,...

Peneroka Keluh Belacan Mahal Daripada Sawit

BONGKAR… Pentadbiran teruk rejim Pakatan Harapan (PH) ketika ini menyebabkan seorang penduduk Felda dakwa harga belacan di pasaran jauh lebih mahal daripada harga kelapa sawit.

Dalam satu video dikongsi menerusi akaun sosial Facebook Najib Razak, wanita itu bersembang santai dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sambil dedah harga rendah sawit ketika ini menyebabkan ramai peneroka menderita.

“RM175 setan… hendak kami makan apa? Harga belacan pula lebih mahal daripada kelapa sawit. Betul tok. Apa nak beli? Ikan masin pun tak boleh nak beli. Api (bil elektrik) pun sampai surat merah (notis) hendak potong bekalan.

“Duit tak ada. Api, air kalau lambat sikit kena potong itu yang seksanya kita masa ini. Sekarang kami hendak beli barang, bercinta (kena fikir banyak kali) dahulu,” adu pe­neroka berkenaan sendiri dalam nada kesal kepada Najib.

Sementara itu, Najib dalam hantaran yang sama, turut me­lontarkan pertanyaan cepumas ke mana perginya pejuang Felda dari kalangan PH yang sebelum ini begitu prihatin dengan nasib peneroka tetapi kini hilang begitu sahaja.


“Dulu ada seorang pejuang Felda yang sembang kencang. Seolah-olah prihatin nak bantu pekebun kecil. Apa nama dia? Dia di mana sekarang? Dah selesa dia saya dengar. Dengarlah sendiri apa yang rakyat kata,” sinis beliau lagi.

Najib sebenarnya merujuk Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang aktif dalam PAN di sekitar Johor sebelum ini dan diketahui lantang kutuk Barisan Nasional. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori