Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

“Jika Ada Maruah, Guan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak meletak jawatan sebagai...

Pelik.. Wanita 28 Tahun...

Gara-gara melahirkan seorang anak, seorang ibu menderita penyakit pelik apabila wajahnya tampak seperti...

Lantang Bersuara Di Facebook,...

SIAPA yang tidak kenal pelakon kecik molek, Ayda Jebat? Meskipun kurang menyerlah ketika...

13 Januari Sebutan Semula...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini, menetapkan 13 Januari ini sebagai...

Penggunaan ‘Al’ Mengikut Nahu Arab Yang Tepat

KUANTAN – Penggunaan perkataan ‘Al’ di hadapan nama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah adalah mengikut nahu Arab yang tepat.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, Al-Sultan Abdullah telah mempersetujui penggunaan nama itu kerana mengambil kira ketepatan nahu Arab, berbeza daripada kebiasaan orang Melayu yang terus menyebut ‘Sultan’.

“Penggunaan ‘Al’ ini adalah disebabkan nahu Arab seperti mana perkataan ‘the’ di dalam bahasa Inggeris memandangkan Abdullah adalah kata nama khas.

“Itu yang dipersetujui tuanku (cara penggunaan dan sebutannya) supaya nahu dalam bahasa Arab juga tepat,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah yang dimasyhurkan pada Selasa lalu, merupakan Sultan Pahang keenam selepas mengambil alih takhta pemerintahan daripada Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah ekoran keadaan kesihatan baginda yang gering. – BERNAMA

Kategori