Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

ATM Mula Tugas Bantu...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula diatur gerak bagi membantu Polis...

Kes Bapa Dera Anak...

BUTTERWORTH - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 25 Jun depan untuk perbicaraan kes...

Kepemimpinan Pembangkang Tak Gugat...

SEPANG ā€“ Pengumuman barisan baharu kepemimpinan pakatan pembangkang tidak sama sekali menggugat kekuatan...

Anwar Nafi Terlibat Dalam...

PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan...

Penumpang Gemuk Paling Menjijikkan

TAIPEI – Seorang penumpang seberat 200 kilogram (kg) didakwa memaksa pramugari penerbangannya membersihkan punggungnya selepas membuang air, kononnya kerana terlalu gemuk dan mengalami kecederaan tangan sehingga tidak mampu melakukannya sendiri.

Lebih menjijikkan apabila lelaki itu didakwa mengerang gembira sepanjang mereka membersihkannya dalam kejadian ketika penerbangan antara Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) ke Taiwan itu.

Perkara itu didedahkan seorang ketua pramugari yang mendakwa penumpang dipercayai warga Amerika itu yang namanya tidak didedahkan memaksanya serta anak kapal lain melucutkan seluarnya di dalam bilik air dan membersihkannya selepas selesai membuang air, termasuk menyuruh mereka ā€˜mencuci lebih dalam lagi.ā€™

Ketua pramugari yang hanya dikenali sebagai Kuo itu berkata dalam satu sidang media dianjurkan Kesatuan Sekerja Krew Penerbangan Taoyuan sebagai cubaan mendesak EVA Air mula mengambil pekerja lelaki.

Kuo berkata, penumpang yang dianggarkannya seberat 200kg itu menaiki pesawat dengan kerusi roda dan meminta diberikan tiga tempat duduk di kelas ekonomi disebabkan badannya yang besar, dan apabila dibenarkan, meminta pula menggunakan tandas di kelas perniagaan kerana tidak muat dalam kubikel di kelas ekonomi.


ā€œDia mendakwa tangan kanan cedera dan tidak mampu melucutkan sendiri seluarnya untuk menggunakan tandas, lalu meminta kami melakukannya. Saya memberitahunya kami tidak dapat membantu namun dia mula menjerit, malah mengancam membuang air atas lantai jika tidak ditolong.

ā€œWalaupun tidak mahu, kami akhirnya bersetuju kerana tidak mahu meninggalkannya dalam tandas kelas perniagaan. Namun keadaan semakin memalukan dan menjijikkan apabila dia mengerang gembira ketika dibersihkan dengan krew berkenaan menggunakan tiga pasang sarung tangan getah,ā€ katanya. – Agensi

Kategori