Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Pemain Badminton Kebangsaan...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain badminton kebangsaan Tan Chee Tean meninggal dunia selepas...

Tinggal 3.7 Peratus Capai...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3.7 peratus lagi diperlukan untuk mencecah angka 90 peratus...

Polis Tahan Geng Kongsi...

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki disyaki anggota kongsi gelap Geng Pneh ditahan dan...

4PM Bantah Cara Bank...

KUALA LUMPUR - Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) membantah pendekatan yang...

Perut Besar, Otak Mengecil

LONDON – Perut buncit yang berpunca daripada lemak berlebihan sudah lama dianggap tidak baik untuk kesihatan, tetapi satu kajian terbaru pula mendapati ia juga tidak baik untuk otak anda.

Kajian sekumpulan penyelidik di Britain mendapati individu yang gemuk dan mempunyai nisbah pinggang ke pinggul (kaedah mengukur lemak perut) yang tinggi secara purata mempunyai isi padu otak lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai berat badan sihat.

Penyelidik daripada Sekolah Sukan, Senaman dan Sains Kesihatan di Universiti Loughborough, Leicestershire mendapati, secara khusus, lemak perut mempunyai kaitan dengan isi padu jirim kelabu iaitu tisu otak yang mengandungi sel saraf.

“Kajian kami melihat sekumpulan besar individu dan mendapati obesiti, secara khusus lemak di tengah badan mungkin berkait dengan otak mengecut,” kata Profesor Mark Hamer yang menjadi ketua kajian itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu yang dilaporkan portal livescience.com juga menyatakan isi padu otak yang rendah atau otak mengecut mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko penurunan kadar ingatan dan demensia atau nyanyuk.

Penemuan itu yang diterbitkan dalam jurnal Neurology yang merumuskan kombinasi obesiti dan perut yang buncit mungkin faktor risiko otak mengecut.


Bagaimanapun, kajian itu hanya menemui hubungan antara lemak di perut dan isi padu otak, tetapi tidak dapat membuktikan lemak berlebihan di perut menjadi punca otak mengecut.

Sehubungan itu, mungkin individu dengan jumlah jirim kelabu di beberapa kawasan otak berisiko tinggi menjadi obesiti.

Menurut penyelidik itu, kajian lanjut diperlukan untuk mengetahui punca hubungan berkenaan. – Agensi/myMetro Online

Kategori