Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Menara Baharu Atasi Masalah...

BANDAR BAHARU - Sebuah menara telekomunikasi baharu menerusi pelan Jalinan Digital Negara (Jendela)...

Cuba Serang Polis, Lelaki...

PULAU PINANG - Seorang lelaki ditembak mati ketika cuba menyerang seorang anggota polis...

Cuepacs Ikrar Terus Jadi...

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berikrar untuk terus menjadi...

Bajet 2017 Pakatan ‘Pikat’...

KUALA LUMPUR - Seperti kelaziman dua hari sebelum pembentangan bajet tahunan oleh Perdana...

Pesawat Terpaksa Mendarat Gara-Gara Wabak Misteri

SEBUAH pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Rusia selepas lima penumpang mengadu lemas secara tiba-tiba.

Pesawat Ural Airlines dalam perjalanan dari Moscow ke Dubai itu membawa 150 penumpang.

Setelah mendarat, lima buah ambulans dikejarkan ke pesawat itu untuk merawat penumpang yang terjejas.

Simptom misteri itu berlaku ke atas penumpang yang berada di barisan 21 hingga 26 pesawat dalam kelas ekonomi.

“Saya terkejut dengan seorang wanita menjerit minta tolong.

“Dia menjerit sebab suaminya tiba-tiba sakit. Dia lemas dan tak boleh bernafas.


“Muka dia pun dah bertukar hijau, semua orang dalam pesawat panik,” dedah seorang penumpang yang menyifatkan penerbangan itu seperti neraka.

Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan dibuat mengenai kejadian yang dikaitkan dengan wabak misteri itu.

Setelah penumpang terjejas dirawat, pesawat meneruskan penerbangan ke Dubai dan tiba lewat dua jam. – Mirror.UK

Kategori