Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

40 Hari Gali Perigi...

New Delhi - Seorang lelaki menghabiskan 40 hari berturut-turut menggali perigi selepas isterinya...

Stoner Catat Masa Terpantas...

SEPANG - Legenda MotoGP dan pemandu ujian pasukan Ducati, Casey Stoner mencatat masa...

Hampir 50,000 Anggota JPAM...

MELAKA - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersiap siaga untuk mengerah 49,800 anggota...

Tak Sanggup Derhaka Kepada...

SELAIN hilang kepercayaan terhadap pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) serta Parti Keadilan Rakyat...

Petronas Kritik Aksi Syed Saddiq Bergambar

PADAH… Tindakan petugas PPBM merakamkam gambar aksi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sahaja dikutuk netizen temapatan kerana berbahaya, malah dikritik Petronas sendiri!

Syarikat minyak negara itu semalam terpaksa beri peringatan kepada pemilik akaun Twitter, #TeamSaddiq kerana ambil gambar secara berbahaya dengan guna telefon bimbit di salah sebuah stesen minyak milik Petronas.

Melalui hantaran dalam akaun sosial Twitter, Petronas memberi peringatan tersebut demi keselamatan semua pihak selain memastikan peranti digunakan tidak cetus kebakaran dan jarak ambil gambar yang lebih selamat.

“Terima kasih singgah stesen Petronas!. Walaubagaimanapun, keselamatan tetap diutamakan. Jangan guna telefon berdekatan pam minyak ya. Terima kasih juga kepada semua yang sangat prihatin!

“Keselamatan adalah keutamaan kami untuk kesejahteraan semua. Peringatan harus diberi demi keselamatan,” jelas syarikat berkenaan dengan emoji tersenyum sinis sebagai teguran terhadap aksi berbahaya tersebut.


Hantaran Petronas itu bagi mengulas tindakan pemilik akaun #TeamSaddiq merakamkan foto dikongsikan dalam laman Twitter dengan paparkan Syed Saddiq Syed sedang bersandar di kereta miliknya sambil mengisi minyak.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu dipercayai berbuat gaya demikian sebelum pergi ke Cameron Highlands di Pahang bagi menyertai kempen politik sempena pilihan raya kecil kerusi parlimen tersebut.

Keterangan gambar pada akaun #TeamSaddiq pula seperti sindir alasan Pakatan Harapan beri minyak kepada Orang Asli di kawasan itu konon sebagai tuntutan pengangkutan kaum berkenaan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori