Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kajian Semula Pelan Hala...

KOTA KINABALU - Kajian semula Pelan Induk Hala Tuju Koridor Pembangunan Sabah (SDC)...

Arkitek Didakwa Tipu Kontrak...

KUALA LUMPUR - Seorang arkitek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Kecoh Bayi Lemas Dalam...

SEORANG ibu dirakam merayu kepada kru penerbangan supaya pintu pesawat dibuka selepas bayinya...

Kisah Di KFC Yang...

SEBUAH kisah benar yang menarik ini asalnya telah dikongsikan di pautan Facebook Riff...

PH Kena Henti Bangga Konon Mampu Urus Negara

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak asyik dabik dada kata mampu perintah negara lebih baik dari segi ekonomi berbanding kerajaan terdahulu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran menerusi Facebook berkata, ini kerana badan penarafan antarabangsa telah memberikan bayangan negatif mengenai tinjauan ekonomi negara sepanjang 2019.

“Kadar pendapatan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah antara petunjuk kepada keadaan ekonomi negara. Bak kata Menteri Ekonomi, rakyat sudah muak mendengar alasan hutang negara.

“Apatah lagi sikap menyalahkan kerajaan lama sehinggakan tidak nampak natijah positif terhadap ekonomi negara. Justeru, apakah PH masih ingin terus berpolitik dan bersandiwara dengan rakyat?” soal Asyraf Wajdi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pencarum KWSP bakal berdepan dengan hasil pendapatan dividen lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya yang luas dilaporkan media tempatan hari ini.

Semalam, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman menegaskan kemungkinan jangkaan pendapatan dividen lebih rendah itu bergantung kepada faktor pasaran dan sentimen tempatan.


Dalam pada itu, Asyraf turut bidas dasar ‘gelojoh’ dilaksanakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengarahkan Telekom Malaysia (TM), untuk turun harga pakej Jalur Lebar dengan drastik.

Ia sekali gus menyebabkan KWSP selaku antara pelabur terbesar dalam saham TM kemudian turut menerima kerugian teruk sehingga terjejas dividen untuk jutaan pencarum tabungan tersebut.

“KWSP rerima kerugian sebanyak RM2.4 bilion akibat penurunan harga saham TM. Seharusnya YB Menteri arahkan TM distruktur semula bagi memudahkan syarikat serap kesan penurunan berkenaan,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori