Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Langkawi Destinasi Pelancongan Kelapan...

KUAH - Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan kelapan terbaik di benua Asia berdasarkan...

Ibu Tunggal Didakwa Bunuh...

JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

4,214 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan lebih 1,000 kes berbanding semalam...

Keluarga TGNA Mohon Pulangkan...

ANAK Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Asma' Salsabila mendedahkan di laman...

PH Tak Pernah Beri Duit Untuk Raih Undi, Kata Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) tidak pernah memberi duit untuk meraih undi rakyat.

“Pakatan Harapan tak pernah bagi duit kepada sesiapa (untuk meraih undi),” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya wujud amalan ‘membeli’ undi ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sekarang seperti mana beberapa keping gambar yang tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan PH sememangnya menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat.

“Kalau dah duit (peruntukan pembangunan) itu kerajaan bagi, dia bagilah. Itu semua orang dapat,” katanya.


Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands pada 26 Jan ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH, Barisan Nasional (BN) serta dua calon bebas.

PH meletakkan Pengerusi DAP Pahang, M Manogaran sebagai calon, manakala BN diwakili bekas pegawai kanan polis Datuk Mohd Ramli Nor.

Dua calon bebas, masing-masing anak jati Parlimen Cameron Highlands, ialah bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61, dan petani, Wong Seng Yee, 40 tahun.

PRK berkenaan diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lepas mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh dari BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei 2018, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu. – BERNAMA

Kategori