Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Budi Forward Pergiat Bantu...

BAGAN SERAI - Pertubuhan Sukarelawan Sebaran Budi (Budi Forward), sebuah pertubuhan bukan kerajaan...

PRU14: Siapa Berpotensi Menang...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan PAS supaya tidak meletakkan calon...

JPN Nafi MyKad Perlu...

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu membuat penggantian MyKad dengan Jabatan Pendaftaran...

UPKO Tolak Cadangan Tubuh...

KOTA KINABALU - Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menolak cadangan penubuhan Majlis Gerakan...

PH Terdesak Fitnah Ramli Konon Mahu Lompat Parti

SANGKAL… Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor nafi bakal sertai Pakatan Harapan atau jadi wakil rakyat bebas selepas menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands nanti.

Justeru, beliau menyifatkan laporan jahat mengenai dirinya konon akan lompat parti yang diterbitkan sebuah portal berita tempatan pro-Pakatan Harapan (PH) itu merupakan fitnah dan mahu gejala tersebut segera dihentikan.

“Jika ditanya saya mengenai perkara ini, jawapan saya cuma satu, BN tetap di hati. Saya akan setia bersama BN walaupun selepas menang PRK. Keikhlasan, kejujuran dan intergriti merupakan prinsip saya selalu amalkan.

“Ia sudah sebati dalam diri saya sebagai pesara polis,” kata Ramli ketika ditemui pemberita setelah berkempen di sekitar Kampung Raja hari ini bersama-sama dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas lebih lanjut, Ramli menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali belot dalam perjuangan bersama BN, apatah lagi dalam kembalikan semua ‘suara rakyat’ yang telah berjaya ditipu oleh kerajaan PH ketika ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita ‘online’ terkenal tempatan, telah melaporkan bahawa Ramli konon akan sertai gabungan kerajaan PH ataupun menjadi calon bebas di parlimen walaupun BN menang pada PRK itu nanti.


“Jawapan saya, ini adalah sebuah fitnah politik dan tolong hentikan fitnah kotor ini. Saya percaya, rakyat kini sudah pandai nilai dan sedar permainan politik PH yang sentiasa menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka.

“Marilah bersama saya, kita hentikan penipuan dan fitnah PH,” tegas Ramli lagi. Laporan portal itu yang terbit pagi tadi mendakwa PH masih mampu rampas Cameron Highlands jika Ramli sertai blok itu selepas kemenangannya.

Berita eksklusif tersebut konon memetik sumber dalaman daripada sebuah parti komponen BN turut meramalkan Ramli mungkin akan menjadi Ahli Parlimen Bebas sekiranya tidak dapat sertai PH. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori