Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kecederaan Anggota TLDM: 2...

LUMUT - Dua lagi lelaki ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan kes...

Biden, Putin Saling Bertukar...

WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS) dan Rusia dilihat saling bertukar ugutan antara...

Harga Petrol RON97 Kekal...

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 kekal pada harga RM2.49 seliter bagi...

Pelajar Kolej Mengaku Salah...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar sebuah kolej swasta mengaku bersalah di Mahkamah Majistret...

PH Ugut Cameron Highlands Disisih Jika Pilih BN

AMARAN… Setelah tular kes seorang senator PKR bertindak biadab ugut Tok Batin masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands, kali ini menteri DAP pula melakukan perkara hampir sama.

Media tempatan melaporkan, bimbang dengan ‘kebangkitan’ Barisan Nasional (BN), Lim Guan Eng beri amaran kepada pengundi di kerusi Parlimen itu sekiranya mereka berdegil tetap tegar dengan undi calon lawan tersebut.

Malahan, Menteri Kewangan itu dengan angkuh berkata, pembangunan di Cameron Highlands akan terbantut jika penduduk di Parlimen tersebut masih tolak PH dan mengekalkan wakil BN di kerusi tanah tinggi di Pahang itu.

Justeru, Guan Eng dengan selamba berkata, masyarakat di daerah ini perlu ambil peluang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands apabila beri pula kemenangan kepada calon ‘kitar semula’ PH dari DAP.

“Sungguhpun kerajaan satu Malaysia pun sudah ubah, tetapi Cameron Highlands pula masih lagi belum ubah… mengapa tidak kali ini kita pun ubah juga pada PRK ini supaya kita boleh lihat pembangunan yang lebih ketara.

“Sekiranya tidak (pilih PH), saya rasa pembangunan di kawasan ini akan terus terbantut kerana di bawah kerajaan BN dahulu, saya lihat tidak ada apa yang boleh diharapkan sangat,” kata Guan Eng lagi dalam nada agak sinis.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program bertemu orang ramai di Pasar Malam Sungai Koyan. Turut hadir sama ialah Presiden PAN yang juga Timbalan Presiden PH dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Kenyataan berbaur ugutan Guan Eng itu jauh berbeza dengan BN yang ketika pernah berkuasa selama 60 tahun, tidak pinggir tempat dimenangi pembangkang, malahan ia jauh lebih maju daripada kawasan diwakili BN sendiri.

Ia sekali gus cetus persoalan mengenai politik balas dendam PH yang baru tawan Putrajaya tidak sampai setahun, tetapi sudah tonjol sikap diktator dalam pemerintahan mereka terhadap rakyat pro-BN. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori