Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Terengganu Kembali Banjir

KUALA TERENGGANU : Hujan lebat berterusan sejak kelmarin menyebabkan banjir kembali melanda Terengganu...

Tidak Masuk Akal Jika...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan cadangan...

Zahid Sebak Ketika Ziarah...

WAIMA berbeza fahaman siasah, keterbukaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid...

MB Terengganu Bentang Bajet...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu hari ini membentangkan Bajet 2018 dianggarkan sebanyak RM1.996...

“Pil Minda Tidak Jadikan Anda Einstein” – Amalina

EKORAN trend penjualan ‘pil minda’ yang didakwa boleh jadikan seseorang itu genius yang makin berleluasa dalam kalangan guru baru-baru ini, Dr. Amalina Che Bakri tampil selar tindakan itu.

Amalina yang juga pakar bedah di London, Britain kini anggap perbuatan para guru yang jual produk ‘pil minda’ adalah tidak beretika dan perlu dilaporkan kepada pihak berwajib.

Beliau juga meminta agar Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku terbabit.

“Saya dimaklumkan bahawa ada ramai guru yang menjual ‘pil minda di sekolah…malangnya… @maszlee sila ambil maklum. Terima kasih.

“Tolong jangan manipulasi pelajar anda untuk membeli produk sedemikian. Buat ibubapa dan para pelajar, kerja keras adalah kunci, diet sihat yang seimbang juga penting.

“Dan memakan ‘pil minda’ tidak akan jadikan anda seorang ‘Einstein’ (Albert Einsten),” katanya menerusi laman sosial Twitternya, @DrAmalinaBakri, baru-baru ini.


Amalina turut menambah, beliau tidak pernah sesekali mengambil ‘pil minda’ dan berkata, “Alhamdulillah I do just fine academically.

Menjawab soalan seorang pengguna Twitter @iqbalazhr sama ada kismis juga tergolong dalam kumpulan sama seperti ‘pil minda’ itu, Amalina menjawab “Ambil kismis yang segar, bukan yang diproses di dalam botol.”

Amalina sebelum ini merupakan antara pelajar cemerlang negara dan mendapat 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2004. – BERNAMA

Kategori