Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Pembangunan Semula Masjid Kampung...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata pembangunan semula masjid...

Pingat Perak Sangat Bermakna...

SEPANG - Pingat perak Olimpik yang diraih pemain beregu lelaki negara, Tan Wee...

JPJ Kesan Tonto Lindungi...

SEPANG - Kegiatan ‘ulat teksi’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan...

19 Lagi ADUN Sabah...

KOTA KINABALU - Seramai 19 daripada 21 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah...

PM Akan Hantar Surat Bantahan Ke Perancis, Norway

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menulis surat kepada presiden Perancis dan perdana menteri Norway untuk membantah keputusan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) yang melarang penggunaan minyak sawit, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim.

“Kami sedang mengusahakannya sekarang,” katanya kepada pemberita pada Reach and Remind, Friends of the Industry Seminar 2019 and Dialogue di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai negara pengeluar minyak sawit, Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan keputusan yang dibuat oleh negara-negara ini dan tindakan perlu diambil atau ia akan memberi kesan kepada hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan EU.

“Satu demi satu, Parlimen EU telah meluluskan resolusi atau peraturan seperti ini,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan kerajaan Norway telah menjadi negara EU ketiga untuk meluluskan resolusi melarang penggunaan minyak sawit, selepas Switzerland dan Perancis.


Teresa Kok berkata, sebaik surat itu siap, kementerian akan menghantar salinan kepada media Malaysia. – BERNAMA

Kategori