Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

PLKN Perlu Diteruskan –...

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa teliti semula cadangan pemansuhan Program Latihan Khidmat Negara...

Jangan Nilai Pindaan Akta...

KUALA LUMPUR - PAS meminta bukan Islam tidak menilai usaha parti itu untuk...

Sungai Kim Kim Bebas...

PASIR GUDANG - Lokasi utama pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini...

DBKL Lanjutkan Diskaun Kompaun...

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb ini, Dewan...

Pokok Petai Menangis: Jangan Syirik – Mufti

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri mengingatkan masyarakat negeri ini agar tidak terlalu taasub dengan kejadian aneh seperti pokok boleh rembes air kerana dibimbangi boleh terjerumus kepada syirik.

Shukri berkata, apabila terlalu taasub sehingga percaya kejadian aneh mampu mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan boleh dianggap syirik kecil atau syirik tersembunyi.

Katanya, mempercayai perkara yang aneh juga boleh merosakan akidah umat Islam.

“Jangan sedikitpun meletakan kepercayaan atau iktikad air yang keluar dari tempat tidak sepatutnya boleh memberi kesan atau menghasilkan musabab kerana semuanya bergantung kepada kuasa Allah,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian sebatang pokok petai ‘menangis’ di Kampung Petani, Saring sejak seminggu lepas. – BERNAMA

Kategori