Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

RM1.271 Juta Dicuri Daripada...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam Mesin Teler Automatik (ATM)...

2 Lagi Jemaah Haji...

MAKKAH - Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci minggu...

Mengejutkan.. Lindsay Lohan Peluk...

SEAKAN pelik dan aneh, Lindsay Lohan sekali lagi mencetuskan sensasi dalam dunia hiburan apabila...

GHB Bakal Jadi Parti...

KUALA LUMPUR - Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dipelopori bekas pemimpin PAS yang...

PPIM Nafi Disogok McDonald’s Tutup Aduan

SANGKAL… Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan tuduhan konon mereka terima sogokan McDonald’s Malaysia untuk tutup aduan berhubung isu diskriminasi terhadap francaisi.

Kesal dengan tuduhan sedemikian, Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, jauh sekali ambil wang sogokan, malah pihaknya tidak ambil aduan itu kerana anggap ia isu komersial dan lebih sesuai diurus pihak kementerian.

“Pada Julai tahun lepas, ada pengadu datang kepada kita, tetapi pada hari ini, ada seorang individu ini bernama Yusri, dalam sebuah video pula persoalkan mengapa PPIM tidak ambil isu diskriminasi ini dan berdiam diri.

“Dia kata PPIM gagal ambil tindakan seolah-olah dapat duit atau ‘kawtim’ dengan McDonald’s. Ini jauh daripada kebenaran. PPIM tidak pernah, tidak akan dan tidak mungkin ambil sogokan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Nadzim berkata, apabila pengadu hadir bertemu pihaknya, PPIM turut ambil inisiatif untuk jumpa dengan pihak McDonald’s Malaysia bagi dapatkan penjelasan, namun mereka difahamkan bahawa kes itu masih di mahkamah.

“Isunya, seorang pengusaha McDonald’s yang mempunyai empat cawangan telah mendakwa didiskriminasi. Jadi, isu itu kita tidak ambil sebab kita bukannya mempunyai kekuatan pun untuk ambil isu ini kerana ini isu komersial.

“Kita lihat perkara ini memerlukan tindakan daripada pihak kementerian sendiri. Itu memang kerja kementerian, tak kan kita nak ambil alih kerja kementerian pula, PPIM tidak ada kapasiti pun,” kata Nadzim dalam nada kesal.

Susulan itu, beliau menggesa pihak yang telah melemparkan dakwaan jahat itu untuk menarik balik tuduhan berkenaan serta membuat permohonan maaf secara terbuka atau akan berdepan dengan tindakan saman.


“Kita beri tempoh 14 hari untuk beliau tampil membuat permohonan maaf Dia kena tarik balik dia punya tuduhan. Kena buat permohonan maaf kerana dia sudah mencemarkan nama baik kita.

“Kalau dia tak buat permohonan maaf atau memberi sebarang respon dalam 14 hari, kita akan ambil tindakan untuk menyaman. Kita nak mudahkan, kita akan menghantar surat legal (perundangan),” kata Nadzim.

Terdahulu, tular sebuah video dalam laman sosial Facebook berjudul ‘Bongkar: Sisi Gelap McDonald’s Malaysia – Part I’ yang dakwa ada bukti bahawa syarikat itu diskriminasi para francaisi serta melanggar Akta Francais 1998.

Dalam video itu, PPIM juga telah dituduh terima sogokan daripada McDonald’s Malaysia untuk tutup aduan yang diterima kerana tiada sebarang tindakan diambil ke atas gergasi makanan segera itu. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori