Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kucing Cekal Ini Nyaris...

IBARAT pantang maut sebelum ajal, seekor kucing menggambarkan masih ada baki lapan nyawa...

Menjelang 2020, Pukat Tunda...

KUALA TERENGGANU - Menjelang tahun 2020, semua nelayan dalam negara tidak lagi dibenarkan...

PH Sedia Ambil Alih...

PORT DICKSON - Pakatan Harapan (PH) sedia mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional...

823 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan penurunan berbanding...

“PRK Cameron Highland: Kaca Mata Neutral”

1. PADA bulan Jun 2018, calon DAP M. Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu bagi kerusi Parlimen Cameron Highland yang disandang Datuk C. Sivarraajh dari MIC terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Berikutan itu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan pilihan raya berkenaan terbatal.

2. Akta ini merupakan satu akta bagi mencegah kesalahan pilihan raya dan perbuatan rasuah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam pilihan raya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan pasukan penguat kuasa dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya; bagi membuat peruntukan mengenai pelantikan ejen pilihan raya dan bagi mengawal belanja pilihan raya; dan bagi membuat peruntukan mengenai petisyen pilihan raya.

3. Ironinya, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia melihat perjalanan kempen PRK Cameron Highland, dilanda pelbagai kontroversi. Seawal diisytiharkan kemenangan MIC terbatal, pelbagai perkara yang tidak sepatutnya telah berlaku di Cameron Highland.

a. Pertama, rakyat menyaksikan pemimpin Pakatan Harapan mengugut Tok Batin orang asli agar menyokong Pakatan Harapan sekiranya mahu mendapat bantuan kerajaan.

b. Kedua, keluar kenyataan berbaur perkauman melibatkan orang asli dan masyarakat Malaysia berkenaan kuih oleh calon Pakatan Harapan.

c. Ketiga, tersebar gambar pengagihan “duit minyak” oleh orang-orang Pakatan Harapan.

d. Keempat, hebah media sosial dengan video pemimpin Pakatan Harapan yang menggunakan kenderaan kerajaan semasa kempen

e. Kelima, keluar kenyataan rasmi Kementerian Kewangan yang janggal berkaitan ekonomi Pahang.


4. Pada masa yang sama, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia melihat serangan secara bertali arus kepada Dato’ Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia oleh pimpinan DAP, kemudian sekarang ini serangan dialihkan kepada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang, Presiden PAS dengan kenyataan berbentuk serangan peribadi. Melalui kacamata neutral, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia beranggapan bahawa serangan ini merupakan serangan terdesak oleh pihak DAP untuk meruntuhkan perpaduan yang dilihat jitu dari blok pembangkang.

5. Setakat ini, rakyat tidak mendengar apa-apa kesalahan yang melibatkan pihak pembangkang, Barisan Nasional sepanjang kempen kali ini. Ironinya, pihak sebelah sana dilihat melakukan pelbagai perbuatan janggal untuk meraih undi. Ironinya juga, NGO Bersih diam membisu sehingga ke hari ini.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia,
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori